awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis

Bernama
Bernama
21/02/2025
06:30 MYT
Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Mohammad Fahmi Hafiz yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas, meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang. - Gambar/ Bernama
GEORGE TOWN: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang pagi ini.
"Polis masih menunggu laporan lengkap punca sebenar kematian mangsa. Setakat ini kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohammad Fahmi Hafiz yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas, meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.
Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gula-gula kenyal
#gummy ball
#Kanak-kanak
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan