MALAYSIA
Kematian Pegawai Kadet Palapes UTM: Polis sahkan tiada unsur jenayah

Hasil bedah siasat mendapati tiada kecederaan berunsur jenayah pada tubuh mangsa berusia 22 tahun itu dan polis masih menunggu keputusan makmal untuk punca kematian. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes kematian seorang Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Pusat Latihan Darat (PULADA), Ulu Tiram, di sini.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kematian Syamsul Haris Shamsudin, 22, berdasarkan hasil bedah siasat awal yang tidak menemui kecederaan mencurigakan, namun masih menunggu keputusan makmal untuk punca sebenar kematian.
- Mangsa dilaporkan meracau dan hilang kawalan semasa menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, PULADA sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).
- UTM menzahirkan rasa dukacita dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa, selain memberi jaminan akan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa serta menekankan komitmen terhadap keselamatan pelajar.
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi oleh pegawai perubatan Rejimen Semboyan Angkatan Tentera (RSAT) namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon kecemasan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk tindakan lanjut.
"Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan disiasat Ketua Polis Balai Kota Tinggi ASP Abd Rahim Idris," katanya.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan seorang wanita membuat laporan polis selepas jenazah anaknya Syamsul Haris Shamsudin ditemukan dengan kesan lebam yang teruk.
Yusof berkata siasatan lanjut dan menyeluruh sedang dijalankan termasuk merakam percakapan saksi serta pegawai perubatan terlibat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu sementara menunggu hasil siasatan lengkap.
Sementara itu, UTM dalam kenyataan berasingan menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Syamsul Haris dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta sedia memberikan kerjasama penuh.
"Pihak universiti telah menghubungi waris Allahyarham dan bersedia menyalurkan segala bentuk bantuan serta sokongan yang diperlukan.
"Kita sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa diutamakan dan sekali lagi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," menurut UTM.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami