awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad

Bernama
Bernama
20/05/2024
06:42 MYT
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Mohamad berkata kali terakhir beliau bertemu Amirabdollahian ialah semasa Debat Terbuka Peringkat Menteri Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Januari lepas. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian dalam nahas helikopter pada Ahad merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat negara Iran, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya beliau berdukacita dengan berita pemergian Raisi, Amirabdollahian serta penumpang lain dalam nahas helikopter itu yang terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Mohamad berkata kali terakhir beliau bertemu Amirabdollahian ialah semasa Debat Terbuka Peringkat Menteri Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Januari lepas dan dalam perbualan telefon bersama beliau pada hujung bulan April yang lalu.
"Allahyarham begitu bervisi dalam usaha pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Iran di dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.
"Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat Republik Islam Iran," katanya dalam hantaran di platform X.
"Doa saya agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," tambah beliau.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Innalillahiwainnalihirojiuun pic.twitter.com/5da6LviSIc
— Mohamad Haji Hasan (@tokmatn9) May 20, 2024
Raisi dilaporkan sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis perasmian sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan.
Selain Raisi dan Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu lain juga dilaporkan berada di dalam helikopter itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kematian Presiden Iran
#Ebrahim Raisi
#nahas helikopter
#Menteri Luar Iran
#Hossein Amirabdollahian
#Mohamad Hasan
#kepimpinan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan