awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian subkontraktor DBKL: Pelajar mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/03/2022
07:31 MYT
Kematian subkontraktor DBKL:  Pelajar mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk
Lo Yen Hue, 24 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan memandu di bawah pengaruh alkohol. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Seorang penuntut kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang petugas subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabtu lalu.
Tertuduh, Lo Yen Hue, 24 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.
Mengikut pertuduhan, Yen Hue yang memandu kenderaan jenis Toyota Sienta dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.
Tertuduh dikatakan gagal mengawal kenderaannya sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja subkontraktor DBKL, Yap Kwee Chee. 74 tahun.
BACA: Pekerja subkontraktor DBKL maut dilanggar pemandu mabuk
Kejadian tersebut berlaku di laluan Jalan Kuching menghala ke Batu Caves pada jam 3.15 pagi pada 12 Mac lalu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000.
Selain itu, tertuduh juga boleh hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd Rauf mencadangkan agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bersama seorang penjamin.
Peguam yang mewakili tertuduh, KA Ramu bagaimanapun memohon agar jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya memberikan kerjasama yang baik sepanjang prosiding berlangsung.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 27 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Dalam tragedi yang berlaku pada Sabtu lalu, pekerja subkontraktor DBKL tersebut sedang memotong pokok di pembahagi jalan sebelum maut dilanggar pemandu mabuk berkenaan.
Topic Berkaitan
#DBKL
#pemandu mabuk
#Mahkamah Majistret
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan