awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja subkontraktor DBKL maut dilanggar pemandu mabuk

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2022
09:45 MYT
Pekerja subkontraktor DBKL maut dilanggar pemandu mabuk
Menurut Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 pagi berhampiran Bulatan Kepong di sini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang petugas subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang memotong pokok di pembahagi jalan di Jalan Kuching di sini maut selepas dilanggar seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 pagi berhampiran Bulatan Kepong di sini.
Menurutnya, pemandu lelaki berusia 24 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Sienta cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan orang awam berhampiran kawasan Taman Wahyu di sini
"Siasatan awal mendapati suspek dari arah pusat bandar sampai di lokasi kejadian telah mengubah laluan ke kanan lalu melanggar kon dan lori serta seorang subkontraktor DBKL yang sedang melakukan kerja pemotongan pokok kecil di pembahagi jalan.
"Mangsa berumur 74 tahun mengalami cedera parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.
"Ujian alkohol telah dijalankan terhadap pemandu dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian," ujarnya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#maut dirempuh pemandu mabuk
#Sarifudin Mohd Salleh
#MPV Toyota Sienta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan