awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Syamsul Haris: Tidak perlu tunggu 3 bulan untuk pertimbang inkues - Peguam Negara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/09/2025
09:45 MYT
Kematian Syamsul Haris: Tidak perlu tunggu 3 bulan untuk pertimbang inkues - Peguam Negara
Mohd Dusuki berkata keputusan atau tindakan lanjut boleh dibuat sebaik sahaja laporan awal diterima. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan pihaknya tidak perlu menunggu sehingga tiga bulan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, sebelum membuat pertimbangan sama ada inkues wajar dijalankan.

Ringkasan AI
  • Peguam Negara menegaskan laporan awal bedah siasat sudah memadai untuk pertimbangan inkues kematian pelatih PALAPES UTM, tanpa perlu menunggu tiga bulan.
  • AGC mengarahkan PDRM memohon laporan penuh bedah siasat disiapkan segera bagi mempercepat proses siasatan.
  • Keluarga Allahyarham Syamsul Haris, 22, memohon inkues selepas kematian beliau ketika latihan di PULADA, Johor, pada 28 Julai lalu.

Sebaliknya, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu, laporan awal mengenai punca kematian Syamsul Haris sudah memadai.
"Keputusan atau tindakan lanjut boleh dibuat sebaik sahaja laporan awal diterima.
"Justeru, saya yakin proses ini tidak akan mengambil masa sehingga tiga bulan,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Ahad.
Mohd Dusuki turut memaklumkan, pihaknya juga sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memohon agar laporan penuh bedah siasat disiapkan seberapa segera yang mungkin.
Sebelum ini, Peguam keluarga Allahyarham, Datuk Naran Singh memberitahu, laporan bedah siasat kedua kematian Allahyarham yang berusia 22 tahun itu dijangka diketahui dalam tempoh tiga bulan.
Pada 19 Ogos lalu, ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mengemukakan permohonan menggali semula kubur anaknya bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan serta mencadangkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anaknya.
Syamsul Haris dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor.
Topic Berkaitan
#Mohd Dusuki Mokhtar
#Polis Diraja Malaysia
#bedah siasat
#inkues
#Syamsul Haris Shamsuddin
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan