awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembalikan pendekatan sederhana Islam - Sultan Nazrin

Bernama
Bernama
24/11/2015
00:43 MYT
Kembalikan pendekatan sederhana Islam - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah Al-Quran menekankan tentang 'pendekatan pertengahan dan kesederhanaan sebagai kebaikan moral yang relevan bukan sahaja kepada kelakuan peribadi individu tetapi juga dalam masyarakat negara-negara di dunia'. - Gambar Fail
Umat Islam di seluruh dunia perlu mengembalikan pendekatan sederhana Islam untuk memerangi ideologi ekstremis seperti militan IS, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda bertitah mesej Islam yang sebenarnya harus diperjelaskan bagi menangani fahaman ekstremis Islam.
"Ini susulan tindakan kumpulan militan IS atau anggota-anggota 'Daesh' yang membunuh orang awam tidak berdosa atas nama jihad di Paris dan Mali minggu lepas.
"Sesungguhnya mereka telah sesat dan amat malang sekali, mereka kini jauh menyimpang daripada jalan pertengahan," titah baginda semasa melancarkan buku 'The Middle Path of Moderates in Islam' karya Profesor Mohammad Hashim Kamali di sini, Isnin.
Buku itu mengkaji konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan, menghalusi definisi dan skop daripada sumber-sumber asas Islam, Al-Quran dan Hadis.
Seramai 129 terbunuh dan 352 cedera apabila pengganas menyerang beberapa tempat termasuk restoran, dewan konsert dan stadium sukan di Paris.
Sultan Nazrin bertitah Al-Quran menekankan tentang 'pendekatan pertengahan dan kesederhanaan sebagai kebaikan moral yang relevan bukan sahaja kepada kelakuan peribadi individu tetapi juga dalam masyarakat negara-negara di dunia'.
"Walaupun dirahmati Tuhan dan memberi manfaat yang jelas kepada umat manusia, pendekatan secara sederhana sering diabaikan dan ia bersifat elusif dan sukar untuk dicapai, sama ada dalam ketaatan kita kepada agama, tingkah laku peribadi ataupun dalam hubungan dengan orang ramai dan masyarakat.
"Bagi saya, di sinilah terletaknya cabaran utama - tingkah laku sebenar diri kita, pemimpin kita, dan komuniti kita dan negara kita," titah baginda.
Topic Berkaitan
#ekstremisme
#IS
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Wasatiyyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan