ISTANBUL: Kemboja sedia menghantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine yang dilanda perang, kata perdana menteri negara Asia Tenggara itu.
"Kemboja bersedia untuk menghantar mereka untuk membantu melatih pegawai di Ukraine," kata Hun Sen kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy semasa panggilan telefon pada petang Selasa.
Agensi Anadolu melaporkan kenyataan Kementerian Luar Kemboja bahawa Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain baru-baru ini, yang menyebabkan banyak kematian, kecederaan, dan kerosakan teruk ke atas infrastruktur awam, yang membawa kepada gangguan bekalan elektrik dan kekurangan air.
Mengenang semula penderitaan penduduk Kemboja suatu masa dahulu, Sen berkata: "Perang tidak boleh ditamatkan dengan perang."
Kemboja adalah antara negara di dunia yang paling banyak dibom. Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja menganggarkan tanah seluas 2,000 kilometer persegi (772 batu persegi) tercemar dengan gabungan senjata letupan yang dijatuhkan semasa pengeboman udara AS di negara itu dan periuk api yang dipasang pada akhir 1970-an dan 1980-an, terutama di kawasan yang dikenali sebagai Tali pinggang periuk api K5 bersempadan dengan Thailand dan Laos.
Negara Asia Tenggara itu bagaimanapun berjaya mengeluarkan lebih 72,000 periuk api sejak 2018, membersihkan 66 peratus daripada sasarannya sejauh 641 kilometer (398 batu).
Perdana Menteri Kemboja itu juga menggesa penyelesaian "menyeluruh" untuk menamatkan perang di Ukraine supaya negara itu boleh dapatkan kembali "keamanan, kestabilan, integriti wilayah dan pembangunan."
Terdahulu, negara Asia Tenggara itu menaja bersama resolusi di Perhimpunan Agung PBB menentang perang Rusia dan pengilhakan wilayah Ukraine.
Zelenskyy turut menjemput Sen melawat Ukraine, negara yang kali terakhir dilawati perdana menteri Kemboja pada 1981, lapornya.
Menghargai pendirian Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengenai perang Rusia-Ukraine, Zelenskyy juga meminta Perdana Menteri Kemboja itu menyampaikan ucapan video pada sidang kemuncak ASEAN yang akan datang.
Kemboja adalah pengerusi semasa ASEAN dan sidang kemuncak blok serantau itu dijangka berlangsung dua minggu akan datang.
Ukraine juga sedang mempertimbang untuk menjadi rakan dialog sektoral bagi 10 anggota blok Asia Tenggara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
Hun Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain. - Reuters
MPI 2023: Astro AWANI rangkul tiga anugerah
Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2023.
Hadiah itu disampaikan dalam Malam Wartawan Malaysia 2024 yang dianjurkan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.
Astro AWANI merangkul Anugerah Perak dalam Kategori Video Terbaik menerusi wartawannya, Ridauddin Daud dan jurukamera, Mohd Nasruddin Abdul Samad serta Mohamad Noor Fitri Mohamed Zainuri.
Hadiah itu disampaikan dalam Malam Wartawan Malaysia 2024 yang dianjurkan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.
Astro AWANI merangkul Anugerah Perak dalam Kategori Video Terbaik menerusi wartawannya, Ridauddin Daud dan jurukamera, Mohd Nasruddin Abdul Samad serta Mohamad Noor Fitri Mohamed Zainuri.
Jangan amal kebebasan bersuara hingga negara porak-peranda
Malam ini berlangsungnya Malam Wartawan Malaysia 2024 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas di ibu negara.
Tetamu kehormat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya meraikan media sebagai sektor penting dalam membangunkan negara. namun kebebasan itu tegasnya lagi perlu diimbangkan.
Wartawan Firdaus Azil ada butirannya.
Tetamu kehormat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya meraikan media sebagai sektor penting dalam membangunkan negara. namun kebebasan itu tegasnya lagi perlu diimbangkan.
Wartawan Firdaus Azil ada butirannya.
'Geng Broga' seludup warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan 'Geng Broga’ yang disyaki sindiket penyeludupan warga Indonesia dalam operasi khas di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor, pada Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia teruskan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di Australia
Azalina Othman Said mengetuai delegasi Malaysia ke Australia bagi meneruskan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Indonesia kecam provokasi Israel di Al-Aqsa semasa perarakan bendera
Kerajaan Indonesia mengecam ratusan peneroka Israel yang memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis yang diduduki semasa acara Perarakan Bendera mereka pada Rabu.
Modi kemukakan tuntutan secara rasmi tubuhkan kerajaan baharu di India
Perdana Menteri India, Narendra Modi, pada Jumaat secara rasmi mengemukakan tuntutan untuk membentuk kerajaan selepas ahli parlimen partinya dan rakan sekutu memilih beliau sebagai ketua mereka.
Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar
Antonio Guterres, "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan terbaharu tentera Myanmar di Negeri Rakhine dan Wilayah Sagaing yang dilaporkan telah meragut banyak nyawa orang awam.
JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah memulakan siasatan berhubung kelewatan pembayaran gaji kepada kakitangan sebuah universiti swasta di ibu negara.
Kemboja sedia hantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine
Hun Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain.