Satu perkongsian yang menjadi viral khususnya di laman Facebook sejak beberapa hari lalu adalah foto-foto istana baru Sultan Terengganu yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Ia bermula dengan perkongsian video oleh jurugambar kelahiran Kanada, Benjamin Wong. Video tersebut dirakamkan Wong selepas diminta oleh arkitek istana itu, Bill Bensley.

istana terengganu
FOTO: medium.com/@vonwong

istana terengganu
FOTO: medium.com/@vonwong

Istana itu mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan dan direalisasikan daripada sejumlah 5,000 lakaran.


istana terengganu
FOTO: medium.com/@vonwong


istana terengganu
FOTO: medium.com/@vonwong

Wong, menerusi laman webnya memberitahu, perasaan kagum yang dirasai apabila menjejakkan kaki ke istana itu adalah sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Wong juga sempat berkongsi bagaimana dia juga merasai perasaan seolah-olah 'hilang' apabila tidak dapat mengesan dari mana dia datang, memandangkan keluasan serta reka bentuk setiap bilik yang berbeza.

Istana yang terletak di Chendering itu diberi nama Istana Syarqiyyah, mempunyai tiga tingkat dan 100 buah bilik.