awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAKIM anjur Program Gema Syukur 2026 di Masjid Putra
Suspek kes pukul pekerja restoran makanan segera akan didakwa Khamis depan
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
02/05/2024
14:02 MYT
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Ahmad berkata berbanding sebelum ini, PRK berkenaan juga ialah ujian kali pertama BN berkempen bagi calon DAP. - Gambar fail/Sinar Harian
HULU SELANGOR: Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan Barisan Nasional (BN) dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kemenangan itu bukan sahaja akan membakar semangat parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, malah menterjemahkan kekuatan kerjasama antara kesemua 18 parti.
Beliau berkata berbanding sebelum ini, PRK berkenaan juga ialah ujian kali pertama BN berkempen bagi calon DAP.
"Itu sebab mengapa di sini amat penting untuk kita menang...satu manifestasi yang baik hasil perpaduan parti-parti yang boleh memenangkan sesuatu tempat yang sukar. Kalau menang di sini, kita juga boleh menang pada PRK lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Jabatan Penerangan PRK KKB di sini hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata kemenangan calon PH akan membolehkan beliau berperanan sebagai jambatan dengan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.
Pada PRK berkenaan, calon PH, Pang Sock Tao ditentang tiga pencabar iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#PRK KKB
#ujian kali pertama
#satu manifestasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan