awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KEMENHUB akan siasat semua jadual penerbangan AirAsia Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2015
11:43 MYT
KEMENHUB akan siasat semua jadual penerbangan AirAsia Indonesia
KEMENHUB akan siasat semua jadual penerbangan AirAsia Indonesia
Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB) akan menyiasat semua jadual penerbangan AirAsia Indonesia bermula Isnin sebagai salah satu langkah dalam siasatan kerajaan susulan nahas yang berlaku minggu lalu, lapor The Straits TImes.
Siasatan itu merupakan susulan daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapalnya Ahad lalu yang berkemungkinan terbang tanpa kebenaran.
"Kami akan menyiasat semua jadual penerbangan pesawat AirAsia," kata Djoko Muratmodjo, pemangku pengarah di kementerian tersebut. "Siasatan itu akan dimulakan pada Isnin depan. Kita tidak akan memfokuskan kepada lesen, hanya jadual."
"Ada kemungkinan lesen AirAsia di Indonesia ditarik balik," tambah Muratmodjo.
Ia susulan tindakan Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB) untuk membekukan buat sementara kebenaran penerbangan AirAsia Indonesia bagi laluan Surabaya- Singapura, berkuatkuasa semalam.
Lapor Kompas.com, tindakan itu diambil kerana AirAsia dikatakan melanggar surat kebenaran Ketua Pengarah Perhubungan Udara republik itu, bertarikh 24 Oktober 2014, yang sebelum ini hanya mengizinkan penerbangan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
Syarikat penerbangan berkata akan memberikan sepenuh kerjasama dalam siasatan tersebut dan enggan memberikan sebarang kenyataan sehingga siasatan selesai.
"Pelanggan yang telah menempah tiket penerbangan AirAsia Surabaya ke Singapura harus diganti dengan tiket penerbangan lain mengikut peraturan yang ada." kata KEMENHUB.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#QZ8501
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan