PUTRAJAYA: Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang dihasilkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dilihat menekankan aspek tadbir urus yang holistik dan mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sewaktu berucap melancarkan buku tersebut di Putrajaya hari ini, beliau berkata, penghasilan buku tersebut jelas bersandarkan kepada syariat Islam dalam memelihara hubungan Keluarga Malaysia.
Justeru, kata Ismail Sabri, wajar sekali JAKIM dijadikan pusat rujukan oleh semua Kementerian dan Agensi untuk melaksanakan tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah.
“Namun begitu, apa yang diharapkan ialah pendekatan Maqasid Syariah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan dijadikan panduan atau kerangka dalam membangunkan dasar-dasar baharu sambil memperkasa yang sedia ada.
“Sekiranya dasar-dasar tersebut dilaksanakan dengan sebaiknya, dan kefahaman yang jelas diberikan kepada penjawat awam pada semua peringkat, saya optimis, kesejahteraan yang diimpikan mampu dijiwai oleh seluruh anggota ahli Keluarga Malaysia,” katanya lagi.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, beliau menggalakkan pelaksanaannya di peringkat negeri oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN).
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, Timbalannya Datuk Ahmad Marzuk Shaary, serta pihak pengurusan JAKIM dan IKIM.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, satu persidangan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada September lepas, beliau menyatakan bahawa Maqasid Syariah perlu dijadikan teras setiap dasar dalam membentuk sesebuah negara adil, sejahtera dan harmoni.
“Hari ini pula, kita diperjelaskan tentang pendekatan Maqasid Syariah dalam tadbir urus Keluarga Malaysia.
“Dengan mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan, saya berharap setiap Kementerian dan agensi dapat menzahirkan prinsip pemeliharaan maslahah dalam setiap dasar yang digubal,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, Maqasid Syariah menekankan perkara-perkara universal, sesuai untuk seluruh ahli Keluarga Malaysia yang mendambakan kesejahteraan dan keharmonian antara kaum dan penganut pelbagai agama.
Jelas beliau lagi, prinsip itu tidak mengehadkan amalan dan kepercayaan agama lain, tetapi ia menuntut nilai kebersamaan dalam memelihara hubungan sesama rakyat dalam negara ini.
Firdaus Azil
Fri Apr 22 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata wajar sekali JAKIM dijadikan pusat rujukan oleh semua Kementerian dan Agensi untuk melaksanakan tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah. - Astro AWANI

DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

AWANI Ringkas: HSR Bangkok-Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Misi Carilamat | 70 nelayan tempatan bantu operasi
Lebih 70 komuniti nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan penyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh kedalam laut sejak tiga hari lalu. Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata selain itu sebuah pesawat juga turut digerakkan bagi mengesan mangsa yang berusia 74 tahun.

Mahkamah | Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah
Di Pulau Pinang, seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.

Rasuah | Warga Bangladesh dipenjara sehari, denda RM10,000
Pemilik premis perniagaan warganegara Bangladesh dijatuhkan hukuman satu hari penjara serta didenda RM10,000. Setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu kerana memberi rasuah RM250 kepada seorang ejen kerajaan, Januari lalu.

Kes Mahkamah | Didenda RM3,000 kerana palsukan maklumat kelahiran
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu. Muhammad Ridzuan Chan Abdullah, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Integriti halal: Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai Jakim
PEKEMAS gesa penggantungan serta merta SICHMA susulan pendedahan isu pelanggaran protokol halal di rumah penyembelihan di Australia.

Sarawak pinda definisi tanah wujudkan kuasa khas kawal ruangan udara di atas tanah negeri
Sarawak akan meminda definisi tanah agar istilah berkanun untuk terma tanah di dalam Rang Undang-Undnag (RUU) Kanun Tanah.

Kementerian, agensi wajar rujuk JAKIM untuk tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah
Diharapkan pendekatan Maqasid Syariah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan dijadikan panduan dalam membangunkan dasar-dasar baharu.