Lima projek yang dibangkitkan adalah Laporan Ketua Audit Negara adalah:
- Projek membaik pulih dan menaik taraf Jalan Alor Setar – Kuala Nerang – Durian Burung, Kedah
- Pembinaan Politeknik Banting, Selangor
- Pengurusan Pembinaan Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Pembinaan Kompleks Mahkamah Baru Kuantan
- Pengurusan Operasi Pangkalan Marin Kastam
“Projek Membaik Pulih Dan Menaik Taraf Jalan Alor Setar – Kuala Nerang – Durian Burung, Kedah ini telah mengalami kelewatan selama 1,137 hari. Kelewatan ini berpunca daripada proses pengambilan balik tanah yang melibatkan 830 lot di tiga buah daerah dan proses penempatan semula kawasan setinggan yang memerlukan kerjasama Pihak Berkuasa Negeri,” kata kenyataan itu.
Berhubung projek Pembinaan Politeknik Banting, Selangor, isu yang telah dibangkitkan adalah berkaitan masalah mendapan tanah, kerja mekanikal dan elektrikal yang kurang sempurna serta penggunaan siling gantung di ruang luar/separa luar yang tidak sesuai.
Tambah kenyataan itu, isu pembinaan Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris ialah menara penyejuk yang tidak praktikal untuk digunakan, kerosakan dinding disebabkan kondensasi, sistem kalis air yang tidak berfungsi dan tidak mematuhi spesifikasi.
Kelewatan Projek Pembinaan Kompleks Mahkamah Baru Kuantan, Pahang pula adalah disebabkan oleh perancangan yang dibuat dalam tempoh yang cukup singkat.
“Perancangan projek sebesar ini lazimnya mengambil masa enam hingga sembilan bulan, sedangkan bagi projek ini hanya 28 hari. Bagi membolehkan perancangan projek dapat dibuat dalam tempoh tersebut, JKR telah menggunakan kaedah kontrak provisional quantity (kuantiti sementara) iaitu berdasarkan kepada anggaran sedangkan pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan kerja sebenar yang dilaksanakan di tapak,” kata kenyataan itu.
Isu yang dibangkitkan mengenai Projek Pengurusan Operasi Pangkalan Marin Kastam (PMK) pula adalah berkaitan kemudahan PMK yang tidak digunakan, penggunaan komponen pembinaan yang kurang sempurna dan isu penyenggaraan PMK.
“JKR telah melaksanakan projek tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan telah pun diserahkan kepada pihak pelanggan yang bertanggungjawab terhadap penyenggaraan,”
Antara projek yang Berjaya disiapkan mengikut tempoh asal dengan adanya Pasukan Projek Khas adalah penyiapan Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya.