awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan arah pengeluar produk kosmetik perkemas GMP

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2016
09:44 MYT
Kementerian Kesihatan arah pengeluar produk kosmetik perkemas GMP
Dr Hilmi mengesahkan hanya satu produk keluaran syarikat itu iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 yang dikesan mengandungi merkuri - Gambar fail
Kementerian Kesihatan mengarahkan pengeluar produk kosmetik untuk memperkemaskan Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi membolehkan mereka mengesan kewujudan bahan terlarang di dalam produk keluaran mereka.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pengeluar juga perlu menjaga kualiti pengeluaran bagi memastikan setiap produk yang dikeluarkan mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh kementerian.
Dr Hilmi berkata demikian ketika mengulas isu produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro-9, keluaran Syarikat Vida Beauty yang diarahkan ditarik balik dari pasaran berikutan penemuan racun berjadual iaitu merkuri dalam sampel produk berkenaan.
BACA: Produk Qu Puteh mengandungi merkuri, KKM larang penjualan
BACA: 'Jangan risau guna produk Qu Puteh yang lain' - Datuk Vida
Dr Hilmi yang ditemui ketika Program Ziarah Kasih Sayang Parlimen Balik Pulau, di Teluk Kumbar, pada Sabtu turut mengesahkan hanya satu produk keluaran syarikat itu iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 yang dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi, manakala produk-produk lain keluaran syarikat berkenaan selamat digunakan.
Katanya lagi, kementeriannya sentiasa mengadakan pemantauan dan ujian ke atas setiap sampel produk-produk kosmetik yang terdapat di pasaran termasuk produk Qu Puteh dari semasa ke semasa.
Kementerian Kesihatan telahpun mengarahkan produk tersebut ditarik balik dalam tempoh 72 jam termasuk akan memanggil pengeluarnya bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Topic Berkaitan
#dr hilmi yahya
#kosmetik
#Qu Puteh
#Qu Puteh Whitening Pro 9
#Timbalan Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan