KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 berasaskan varian khusus tertutama yang mampu melawan varian Omicron.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, berkata, kementerian belum membuat keputusan bentuk program imunisasi yang akan dilaksanakan sekiranya bercadang menawarkan vaksin itu.
"Kita akan buat keputusan berdasarkan kepada trend epidemiologi jangkitan sedia ada. Kita belum lagi buat keputusan sama ada kita akan menawarkan vaksin untuk semua atau hanya kepada yang berisiko tinggi sahaja.
"Sekarang ini kita melihat kepada satu program vaksinasi yang lebih tersasar dan bukan kepada semua," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Ubat Generik dan Biosimilar Antarabangsa (IGBA) - Organisasi bagi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) 2022, di sini, hari ini.
Britain pada bulan lepas meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 berasaskan varian khusus dengan menggunakan vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Moderna, sebagai dos penggalak untuk golongan dewasa.
Sementara itu, Khairy berkata, Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Kementerian Kesihatan pada 3 Ogos lepas mengesyorkan pemberian dos penggalak kedua vaksin messenger RNA (mRNA) untuk wanita hamil atau menyusu.
Beliau berkata, saranan itu juga selari dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut mengesyorkan pemberian dos penggalak kedua untuk wanita hamil.
Selain itu, Khairy berkata, TWG juga mengesyorkan pemberian dos penggalak pertama untuk kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun; vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berumur enam bulan hingga lima tahun dan vaksinasi heterologous untuk dos penggalak kedua.
Beliau juga memaklumkan, vaksin heterologous dengan vaksin mRNA atau vaksin vektor virus untuk dos penggalak kedua boleh diberikan kepada individu yang berisiko tinggi mendapat penyakit teruk akibat COVID-19.
Sementara itu, mengenai vaksin papilomavirus manusia (HPV), Khairy berkata, kementerian bercadang memberi vaksinasi itu kepada pelajar perempuan yang terlepas suntikan HPV pada 2021 dan 2022.
Katanya, pada 2021, hanya 34,933 atau 12.7peratus pelajar perempuan Tingkatan 1 menerima dos pertama dan 31,708 atau 6.4 peratus menerima dos kedua.
Bagaimanapun, katanya, pada 2022, seramai 209,279 iaitu 98.2 peratus pelajar perempuan Tingkatan 1, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin HPV dan seramai 206,042 atau 96.7 peratus sudah menerima dua dos vaksinasi tersebut.
Media melaporkan, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) mengumumkan anggaran lebih setengah juta remaja perempuan di sekolah menengah di negara ini terlepas suntikan HPV kerana penutupan sekolah semasa wabak COVID-19 dan pengalihan pembiayaan kepada program COVID-19.
- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Khairy Jamaluddin (dua, kanan) melawat reruai sempena majlis pelancaran Persidangan Persatuan Ubat Generik dan Biosimilar Antarabangsa (IGBA) - Organisasi bagi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) 2022 hari ini. - Gambar BERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.
8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.
COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.
Kertas Putih: Kerajaan terpaksa buat keputusan dasar muktamadkan perolehan vaksin COVID-19
Pada masa yang sama terdapat permintaan yang sangat tinggi daripada semua negara yang lain untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 segera mungkin.
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Anwar berkata, ini berikutan dapatan mengenai proses yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.
Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.
Tarikh luput vaksin COVID-19 dipanjangkan - KP Kesihatan
Tarikh luput vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar.
Djokkovic dibenar beraksi di Terbuka Australia 2023
Keputusan memberikan visa kepada Djokovic dibuat selepas pihaknya mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan.