GEORGE TOWN: Kementerian Kewangan akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMADANI yang ditolak, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
"Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan mengedarkan kalendar 2023 di Pasar Chowrasta di sini hari ini.
Lim berkata ramai individu yang sudah mendapat bantuan kredit eMADANi sebanyak RM100 sejak dilancarkan minggu lepas, namun terdapat juga permohonan yang ditolak walaupun individu berkenaan layak, justeru kerajaan akan melihat perkara itu dengan serius.
Mengulas mengenai pertikaian dalam media sosial susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas rombakan Kabinet Selasa lepas, Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata perkara itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kerana rakyat juga bebas bersuara.
"Saya terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna... setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan.
"Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang," katanya yang menerima ucapan tahniah daripada Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.
Lim sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Lim mengedarkan kalendar 2024 kepada orang ramai ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Chowrasta, di George Town, hari ini. --fotoBERNAMA
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kementerian Kewangan akan selesaikan isu permohonan eMADANI ditolak
Lim berkata, terdapat permohonan yang ditolak walaupun individu berkenaan layak, justeru kerajaan akan melihat perkara itu dengan serius.
Setel menghadapi masalah teknikal disebabkan trafik penebusan eMADANI
Pengguna Setel turut terjejas, membuatkan mereka tidak boleh menggunakan perkhidmatan dompet digital berkenaan.