KUALA LUMPUR:Kementerian Kewangan menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mewujudkan Gelembung Perjalanan Laluan Hijau Timbal Balik dan Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) antara Malaysia dan Indonesia bagi komuniti perniagaan dalam usaha merancakkan ekonomi kedua-dua negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berharap selepas digabungkan dengan peruntukan pembiayaan bagi industri pelancongan, industri itu akan turut menerima kesan positif dan mampu untuk bangkit semula.
“Nilai pengecualian cukai yang telah dimanfaatkan oleh pengendali premis penginapan telah mencecah RM1.37 bilion (peningkatan sebanyak RM533.42 juta berbanding RM836.56 juta pada minggu sebelumnya).
“Antara inisiatif sokongan sektor pelancongan ialah pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong, serta pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan LAKSANA ke-40 menerusi laman Facebook beliau pada Rabu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Februari lepas menyifatkan lawatan rasminya ke Indonesia amat bermakna dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.
Lawatan itu jelas beliau, berakhir dengan beberapa persetujuan bersama dicapai yang akan memacu hala tuju hubungan kerjasama Malaysia dan Indonesia ke tahap lebih tinggi.
Dalam pada itu, Zafrul berkata, bagi Program Subsidi Upah Fasa Dua (PSU2.0), sejumlah RM741.16 juta telah disalurkan kepada 64,345 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 518,793 pekerja.
“Seperti yang dinyatakan semasa Belanjawan 2021, PSU bersasar juga diperkenalkan bagi membantu sektor pelancongan dan peruncitan.
“Manakala kesemua sektor yang terkesan oleh pelaksanaan PKP tahun ini adalah layak untuk menerima sokongan PSU 3.0 di bawah Pakej Bantuan PERMAI,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Wed Feb 10 2021

Kementerian Kewangan menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mewujudkan gelembung perjalanan bagi merancakkan ekonomi Malaysia dan Indonesia. - Gambar fail/BERNAMA

10 Berita Pilihan - (28 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Malaysia tawar insentif tarik pelabur, lagi strategi baharu ekonomi akan diumum - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelabur asing termasuk syarikat dalam senarai Fortune 500 terus menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

Kerajaan pertimbang skim kecederaan, tingkat keyakinan terhadap vaksin - Khairy
Skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Politik | ADUN Amanah keluar parti sertai PKR tidak serius
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bertindak keluar parti dan menyertai PKR adalah tidak serius.

AWANI Ringkas: Tiada calon SPM positif COVID-19 di Kedah | MB Kedah disuntik vaksin COVID-19

Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy
Tiada perancangan untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa
Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.

Tiga kartel dadah bergelar Tan Sri dan Datuk dalang utama sindiket dadah di Malaysia - Polis
Antara aktiviti perniagaan yang dimiliki individu berusia 45 tahun dan ke atas itu termasuk pengedaran kokain ke luar negara.

Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok
Ini merupakan lawatan rasmi Hishammuddin keempat bulan ini selepas Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Musim kemarau cetus kebakaran hutan, beberapa titik panas di Riau dikesan
Semua kawasan yang terjejas adalah di pesisiran pantai timur wilayah berkenaan yang bersempadan dengan Selat Melaka.

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus kepada RM16.6 bln pada Januari 2021
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

Polis tumpaskan kegiatan curi motosikal 'Geng Azhar'
Polis menumpaskan kegiatan mencuri motosikal didalangi Geng Azhar yang aktif melakukan jenayah itu sejak akhir tahun lepas.

Lombong emas haram runtuh di Sulawesi Tengah, misi menyelamat mangsa dipergiat
Setakat ini, kira-kira 15 orang berjaya diselamatkan manakala tiga sudah disahkan maut.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.