awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, Mara BPT dibuka bermula 29 Jan
Cederakan wartawan Haresh Deol, penghantar barang didenda RM2,000
Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam berbelanja berhemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Murid enam tahun bukan 'tikus makmal' - Fadhlina

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/01/2026
04:45 MYT
Parlimen: Murid enam tahun bukan 'tikus makmal' - Fadhlina
Fadhlina memberitahu, kementerian tidak berhasrat menjadikan dasar itu sebagai projek rintis, sebaliknya melaksanakannya secara berfasa, sukarela dan terkawal dengan sokongan mekanisme saringan yang jelas. - Gambar Japen
KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan menegaskan kanak-kanak bukan bahan uji kaji atau 'tikus makmal' dalam pelaksanaan dasar kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu, bermula tahun depan.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa kanak-kanak bukanlah bahan uji kaji dalam dasar kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu, yang bermula tahun depan, dan proses ini telah dibincangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.
  • Pelaksanaan dasar kemasukan awal ini dilakukan melalui proses libat urus menyeluruh menerusi Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara, Portal Cadangan Pendidikan Masa Hadapan, dan perbincangan di peringkat akar umbi yang menekankan isu pendidikan awal kanak-kanak.
  • Walaupun kemasukan awal adalah bersifat sukarela, Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa mekanisme saringan yang jelas akan ditetapkan untuk memastikan kanak-kanak benar-benar bersedia serta menjaga kebajikan, kesejahteraan, dan kesiapsiagaan kanak-kanak dalam pelaksanaan dasar tersebut.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata sebaliknya pelaksanaan dasar itu adalah hasil perbincangan dan perbahasan yang sudah dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Beliau menjelaskan, proses libat urus turut dilaksanakan secara menyeluruh menerusi Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara, Portal Cadangan Pendidikan Masa Hadapan serta pelbagai sesi perbincangan di peringkat akar umbi yang memfokuskan isu pendidikan awal kanak-kanak.
Menurutnya, kementerian tidak berhasrat menjadikan dasar itu sebagai projek rintis, sebaliknya melaksanakannya secara berfasa, sukarela dan terkawal dengan sokongan mekanisme saringan yang jelas.
"Kami ambil pendekatan ini, anak kita bukan untuk ujian makmal atau 'tikus makmal', sebab itu kita tekankan... bahawa dasar itu sudah dibincangkan, dibahaskan dalam RMK13. Jadi soal libat urus, itu semua telahpun berlaku," katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN–Kulim Bandar Baharu) berhubung alasan dasar tersebut tidak dilaksanakan secara percubaan sebelum diperkenalkan.
Selain itu Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memberitahu, meskipun kemasukan awal adalah bersifat sukarela namun mekanismenya ditentukan oleh Kementerian Pendidikan melalui saringan.
"Kemasukan awal ini bersifat sukarela seperti diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), namun mekanismenya ditentukan oleh Kementerian Pendidikan melalui saringan diagnostik serta disertai sokongan emosi dan psikososial bagi memastikan kanak-kanak benar-benar bersedia," jelasnya.
Beliau menegaskan, pendekatan itu bertujuan memastikan kebajikan, kesejahteraan serta tahap kesiapsiagaan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan dalam pelaksanaan dasar berkenaan.
Sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan pelarasan umur kemasukan ke sistem persekolah akan dimulakan pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke tahun satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun, secara sukarela.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#projek rintis
#tahun satu
#enam tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan