Kementerian Pendidikan tidak akan berganjak daripada meneruskan perjuangan meletakkan bahasa Melayu di tempatnya yang hak sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perhatian dan tanggungjawab kepada bahasa Melayu tidak akan diabaikan dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang.
"Saya berharap semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini dapat bersama dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha menyeimbangkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.
"Penguasaan bahasa yang seimbang ialah menguasai bahasa Melayu dengan fasih dan cekap dan pada waktu yang sama menguasai bahasa Inggeris dan bahasa ketiga dengan baik," katanya ketika berucap pada pertandingan akhir Pidato Piala Menteri Pendidikan 2018 di Universiti Tenaga Nasional di sini malam tadi.
Jelas Maszlee, pertandingan pidato peringkat institusi pengajian tinggi mampu melahirkan graduan yang bermutu bukan sahaja dari sudut akademik tetapi kemahiran berfikir, menganalisis dan berhujah dengan berhemah.
Pemidato dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Muhammad Syahmi Akif Jamili dinobatkan johan pertandingan tersebut.
Sementara pemidato Universiti Institut Teknologi Mara, Adam Muhammad Taufiq Mohamad Suharto muncul naib johan.
Kedua-duanya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Disember depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 28 2018
Maszlee menyampaikan ucapan pada Pertandingan Akhir Pidato Piala Menteri Pendidikan 2018 di Uniten malam tadi. --fotoBERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Jangan nafikan kepentingan mempelajari bahasa dan budaya lain - Penganalisis
Masyarakat tidak boleh sama sekali menafikan kepentingan dalam mempelajari sesuatu bahasa dan budaya yang lain.
Bahasa Turki antara pilihan rakyat Malaysia untuk dimahiri
Nur Afifah Nasir menggambarkan bahasa itu sebagai bahasa cinta, kuno dan klasik moden.
UPM anjur Persidangan Antarabangsa Mengenai Bahasa Asing MICFL 2021
Persidangan yang bertemakan IR 4.0 in Foreign Language Studies akan menghimpunkan pakar dalam bidang bahasa asing dari dalam dan luar negara.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Pelajar Cina cemerlang peperiksaan UPKK
Dia mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam , Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.
Kementerian Pendidikan akan martabat Bahasa Melayu
Perhatian dan tanggungjawab kepada bahasa Melayu tidak akan diabaikan dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang.