Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menambah bilangan prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini bagi memenuhi keperluan anak-anak kaum India.
Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan berkata daripada 523 buah SJKT di seluruh negara, hanya 177 daripadanya yang menyediakan pendidikan prasekolah ketika ini, dengan melibatkan 5,000 murid.
"Penambahan prasekolah ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan awal kepada murid sebelum memasuki tahun satu dan kita berharap adanya peruntukan menerusi belanjawan kerana kita memerlukan dana untuk memperluaskannya ke seluruh SJKT," katanya.
Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama 140 Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dari 70 SJKT di seluruh Johor, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan sudah mengenal pasti 30 SJKT untuk dipindahkan ke kawasan baharu yang mempunyai kepadatan penduduk India yang lebih tinggi bagi mengatasi masalah kekurangan murid.
Katanya kerajaan tidak sekali-kali meminggirkan pembangunan SJKT dan akan bekerjasama dengan penduduk serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam mengenal pasti lokasi yang sesuai.
"Daripada 523 seluruh SJKT, 297 daripadanya adalah Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu 150 orang murid ke bawah. Perak mencatatkan bilangan tertinggi SKM iaitu 90 buah sekolah, diikuti Johor (43), Selangor (39), Kedah (34) manakala Negeri Sembilan (33)," kata Kamalanathan.
Mengenai cadangan pihak tertentu untuk menukar nama SJKT yang kebanyakannya kini menggunakan nama ladang ataupun jalan kepada nama pemimpin tempatan masyarakat kaum itu, beliau berkata cadangan itu boleh diterima dan akan dipertimbangkan.