awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nahas pesawat Sulawesi: Operasi SAR dibahagi kepada 9 pasukan
RPN: Perubahan perundangan perlu sebelum pelaksanaan sistem pendidikan prauniversiti - Zambry
MIMOS komited komersialkan hampir 1,400 IP, paten berdaftar - PGCEO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pengangkutan ambil tindakan isu minta bayaran ketika bantuan kecemasan

Hilal Azmi
Hilal Azmi
12/06/2017
15:09 MYT
Kementerian Pengangkutan ambil tindakan isu minta bayaran ketika bantuan kecemasan
AZIZ: Kementerian Pengangkutan akan mencari penyelesaian hal isu bayaran ketika bantuan kecemasan - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mencari penyelesaian isu bayaran ketika berlakunya kemalangan.
Tegas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, perkara ini tidak sepatutnya berlaku terutamanya dalam situasi kecemasan.
"Kita akan melihat tindakan mana yang boleh diambil ke atas operator kren dan kereta tunda kerana ia membabitkan perdagangan ketika berlaku kecemasan.
"Kita juga akan melihat kaedah terbaik supaya penyedia perkhidmatan ini tidak perlu menunggu pengesahan bayaran yang akan menyebabkan usaha menyelamat bagi kes kecemasan menjadi lewat.
"Saya rasa kejadian seperti ini amat menyedihkan kerana kejadian kecemasan perlu ada keikhlasan dalam membantu mangsa," katanya kepada Astro AWANI selepas Majlis Berbuka Puasa bersama media pada Isnin.
Sebelum ini, anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung daripada remukan kenderaan yang terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong
BACA: Enam dipercayai sekeluarga maut rentung dihempap treler
Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.
Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.
Dalam kejadian tersebut, Osman Mohamed Taip, 31 dan isterinya, Rosniza Othman, 32, maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu Perodua Myvi, Proton Exora, Toyota Vios serta sebuah treler pada jam 2.20 petang Ahad.
Kemalangan itu turut menyebabkan enam sekeluarga berusia antara tujuh tahun dan 51 tahun, rentung apabila Proton Exora mereka terbakar selepas dihempap treler berkenaan.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Kaprawi
#Jempol
#KPDNKK
#majlis berbuka puasa
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan