NATIONAL
Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing Rusia henti operasi 24 Julai

Anthony Loke, berkata surat kepada kedua-dua syarikat aplikasi berkenaan telah dihantar oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) baru-baru ini. - Gambar fail
PASIR GUDANG: Kerajaan mengarahkan dua syarikat menyediakan aplikasi e-hailing dari Rusia, InDrive dan Maxim, yang didakwa beroperasi secara haram, menghentikan operasi masing-masing berkuat kuasa 24 Julai ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan mengarahkan aplikasi e-hailing InDrive dan Maxim dari Rusia untuk menghentikan operasi mereka di Malaysia mulai 24 Julai kerana didakwa beroperasi secara haram.
- Kedua-dua syarikat boleh membuat rayuan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang akan membuat keputusan mengenai rayuan tersebut.
- Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia mendakwa InDrive dan Maxim melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, termasuk tidak memastikan pemandu mereka memiliki Lesen PSV yang sah, yang menjejaskan keselamatan penumpang.
"Bagaimanapun, kedua-dua syarikat e-hailing berkenaan boleh membuat rayuan dan ia hanya boleh diputuskan oleh saya selaku Menteri Pengangkutan," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Semula Landasan untuk Operasi Perkhidmatan Kargo Kempas Baru-Pasir Gudang pada Jumaat.
Baru-baru ini Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) menerusi kenyataan dilaporkan mendakwa, kedua-dua platform e-hailing itu didapati terus menawarkan perkhidmatan mereka tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.
Kenyataan itu menyebut, dua syarikat e-hailing berkenaan melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), termasuk tidak memastikan pemandu mereka memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah, seperti yang telah diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.
Kata kenyataan itu, perbuatan ini bukan sahaja tidak adil kepada pemandu yang mempunyai Lesen PSV yang sah, malah turut menjejaskan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami