Kementerian Perpaduan Negara capai sasaran 0.7 IPNas

Aaron berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan berbanding dapatan hasil kajian sebelumnya yang berada sekitar 0.5 hingga 0.6. - Foto fail/BERNAMA
BUTTERWORTH: Tahap perpaduan negara semakin baik apabila Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) berjaya mencapai sasaran 0.7 tahun ini, sekali gus mencerminkan penambahbaikan dalam hubungan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.
Ringkasan AI
- Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) negara berjaya mencapai sasaran 0.7 pada tahun ini, menunjukkan peningkatan dari sebelumnya yang berada di kisaran 0.5 hingga 0.6, mencerminkan hubungan masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya yang semakin membaik.
- Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyatakan bahawa kementeriannya berusaha melalui pelbagai inisiatif seperti kempen kesedaran, dialog, dan platform interaksi untuk memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia terus diperkukuh.
- Kajian pertama IPNas dilakukan pada tahun 2018 dengan pencapaian 0.567, yang meningkat kepada 0.629 pada 2022; usaha berterusan kementerian dijangka mampu meneruskan peningkatan positif dalam perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara.
"Bagimanapun laporan penuh hasil kajian itu hanya akan diumumkan pada awal tahun depan," katanya selepas menghadiri program The Great Pilgrimage of Hope 2025 di sini pada Khamis.
IPNas adalah satu-satunya indeks pengukuran tahap perpaduan yang diguna pakai oleh kerajaan bagi melihat kedudukan semasa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kajian pertama IPNas dijalankan pada 2018 yang mencatatkan 0.567 manakala indeks itu meningkat kepada 0.629 pada 2022.
Mengulas lanjut Aaron berkata perkembangan positif itu adalah hasil usaha berterusan kementerian menerusi pelbagai inisiatif dan program bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk di negara ini.
"Inisiatif ini termasuk kempen kesedaran, dialog serta penyediaan pelbagai platform interaksi untuk rakyat berhubung antara satu sama lain agar mereka sedar dan memahami kepentingan bersatu padu," katanya.
Beliau berkata kementerian itu akan terus komited melaksanakan agenda perpaduan dan memastikan masyarakat hidup harmoni dalam kepelbagaian.
Persidangan selama empat hari bermula hari ini sehingga 30 Nov, anjuran Persekutuan Persidangan Uskup-Uskup Asia menghimpunkan 777 delegasi dari 24 negara Asia termasuk Holy See, Australia dan Eropah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


