awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa

Bernama
Bernama
19/05/2025
20:45 MYT
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Menurut Aaron, program itu akan diadakan di Sabah, Sarawak, Pahang, Perak dan Vietnam seperti diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke-13. - Gambar fail/Kementerian Perpaduan
PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara meluluskan peruntukan RM2.1 juta bagi pelaksanaan MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa serta program kesukarelawanan lain pada tahun ini.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program itu akan diadakan di Sabah, Sarawak, Pahang, Perak dan Vietnam seperti diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke-13, di sini, yang turut membincangkan pelbagai agenda termasuk pencapaian 2024 serta hala tuju tahun ini.
Beliau berkata, YSS diminta meneliti keperluan mewujudkan dasar atau pelan tindakan kesukarelawan yang komprehensif sebagai kerangka panduan nasional dalam memperkasa gerakan kesukarelawanan secara lebih tersusun melibatkan semua agensi kerajaan terlibat.
"YSS perlu berperanan sebagai satu agensi kerajaan yang proaktif. Pelaksanaan program harus berfokus dan tumpuan diberikan kepada Misi Sukarelawan Siswa, Tuisyen KAMI, Ejen Perpaduan serta program pembangunan kepimpinan sukarelawan siswa," katanya dalam kenyataan pada Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Sementara itu, Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan sama memaklumkan, mesyuarat berkenaan turut memutuskan agar Program Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa dijenamakan semula kepada MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa.
"Sehingga kini, YSS telah melahirkan sebanyak 2,153 pemimpin sukarelawan siswa yang berjaya melaksanakan 9,665 projek komuniti di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan, antara pencapaian YSS sepanjang tahun lepas termasuk pelaksanaan lima misi sukarelawan siswa di 20 lokasi di Vietnam, Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan serta pelaksanaan 735 projek komuniti dengan 4,539 jam sukarelawan di lapangan yang memberi manfaat kepada 146,211 orang dalam komuniti setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#Sukarelawan siswa
#Aaron Ago Dagang
#peruntukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan