PUTRAJAYA: Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021- 2030 bakal memberi fokus kepada penghayatan Pendidikan Rukun Negara, dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid, kata Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian berkata, inisiatif itu telah dibangunkan berdasarkan Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK), dan mempunyai enam teras serta 14 strategi.

Selain itu Kementerian berkata, ia bagi memastikan Tabika Perpaduan menjadi Institusi Prasekolah yang membentuk murid yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, mempunyai semangat cintakan negara dan memiliki akhlak yang mulia.

“Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak 2021-2030 yang berteraskan cita-cita dan prinsip Rukun Negara dan selari dengan aspirasi Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 menggariskan enam (6) teras dan 14 strategi.

“(Ia) merangkumi pemantapan dan pengukuhan yang menyeluruh dari aspek kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru tabika perpaduan, tadbir urus, jalinan kerjasama dan sistem pemantauan,” menurut Kementerian lagi.

Menurut kenyataan itu, enam teras utama yang digariskan ialah: - Memantapkan Elemen Kenegaraan, Perpaduan dan Nilai Murni Dalam Kurikulum Pengajaran Dan Pembelajaran Tabika Perpaduan; Memantapkan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP); dan Memantapkan Profesionalisme Dan Kepakaran Guru Tabika Perpaduan.

Selain itu, ia juga bagi Memantapkan Tadbir Urus Pengurusan Dan Pengoperasian Tabika Perpaduan; Mengukuhkan Jalinan Kerjasama Tabika Perpaduan Bersama Komuniti; serta Memperkasakan Mekanisme Pemantauan Dan Penilaian Pengurusan dan Pengoperasian Tabika Perpaduan.

Inisiatif itu dibangunkan berdasarkan Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK), dan mempunyai enam teras serta 14 strategi.
Inisiatif itu dibangunkan berdasarkan Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK), dan mempunyai enam teras serta 14 strategi.

Kementerian berkata, usaha mempertingkatkan kualiti Tabika Perpaduan yang dilaksanakan secara inklusif ini adalah bertujuan memastikan semua murid berpeluang menerima pendidikan yang berkualiti.

Selain itu, ia juga bagi menepati matlamat penubuhan Tabika Perpaduan sebagai tapak integrasi untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan.

“Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 merupakan pelan yang menggariskan hala tuju ke arah memantapkan peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak..

"..yang membentuk kemenjadian murid yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, mempunyai semangat cintakan negara serta memiliki akhlak yang mulia,” menurut kementerian lagi.

Inisiatif itu dibangunkan berdasarkan Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK), dan mempunyai enam teras serta 14 strategi.

Kementerian berkata, pelan tersebut merangkumi usaha penambahbaikan secara menyeluruh meliputi aspek kurikulum, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Tabika Perpaduan dan jalinan kerjasama bersama komuniti.

“Kejayaan pelaksanaan pelan ini bukan hanya terletak pada usaha dan peranan Kementerian Perpaduan Negara sahaja, tetapi ianya memerlukan kerjasama dan komitmen pelbagai pihak,  khususnya komuniti setempat,” menurut kenyataan itu lagi.