Subang: Kementerian Pertahanan mempunyai perancangan untuk membeli aset ketenteraan termasuk
memperoleh pesawat tempur ringan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha untuk memiliki pesawat tempur ringan telah pun dibawa kepada perhatian Jemaat Menteri
"Tambah aset memang ada (dalam perancangan) tetapi kita perlu melihat keutamaan.
“Kita telah memohon daripada kerajaan untuk kita mempunyai light combat aircraft. (Ia) telah diluluskan secara dasar. Kita akan minta semula Jemaah Menteri mengabsahkan apa yang telah diluluskan Kabinet terdahulu," katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, di sini, pada Selasa.
Menurut beliau, kementeriannya memohon sebanyak 18 buah pesawat tempur ringan runtuk dibeli oleh kerajaan.
Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan, kata Mohamad, berharap proses pembelian boleh disempurnakan secepat mungkin dan tempahan asset dapat diterima pada 2025.
Namun begitu, kata beliau, kos pembelian aset ketenteraan itu belum dimuktamadkan.
Perolehan aset baharu ini, ujarnya, untuk memantapkan keupayaan angkatan tentera mempertahan kedaulatan negara.
Dalam masa, Mohamad berkata, pembelian itu tidak akan sama sekali menjejaskan fokus kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat.
"Kita bukan hendak tambah, kita melengkapkan. Apa yang kita ada sekarang ini banyak yang perlu kita naik taraf (dan) perlu tambah nilai. Menangani kos sara hidup akan terus jadi keutamaan kerajaan.
"Keutamaan untuk terus pastikan mempertahankan kedaulatan negara itu perlu. Orang tidak akan datang berniaga di negara yang dilihat tidak mempunyai kekuatan menangkis ancaman," jelas beliau lagi.
Dalam masa sama, Mohamad mezahirkan rasa bangga kerana pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai jati diri yang kuat dan bersemangat menjalankan tugas di sebalik berdepan pelbagai kekangan termasuk keadaan aset-aset utama yang sudah berusia.
Irfan Faruqi
Tue Jan 10 2023
Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga, kiri) mendengar penerangan daripada Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika lawatan kerja ke Markas Operasi Udara dan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, hari ini. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Lawatan rasmi: Mohamad Hasan ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember
Mohamad akan mempengerusikan bersama mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia dengan rakan sejawat, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.