Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera Malaysia berhubung laporan pembabitan anggota tentera Malaysia dalam misi ketenteraan di Arab Saudi.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia menyokong usaha membanteras keganasan dari segi fahaman dan ideologi, namun bukan dari sudut ketenteraan.
"Dari segi ketenteraan, saya telah nyatakan dari dulu lagi bahawa kita memang tidak terbabit," katanya.
Beliau mengulas laporan agensi berita Arab Saudi, SPA, mengenai Malaysia turut bersama kira-kira 20 negara lain dalam misi ketenteraan besar-besaran yang disifatkan 'terpenting'.
"Latihan ketenteraan saja tidak bermakna kita terlibat secara langsung dalam konteks operasi dan itu memang saya tidak benarkan pun...cuma apa yang dilaporkan hari ini, saya tidak tengok sejauh mana pembabitan dalam latihan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Piala Menteri Pertahanan kepada juara Pertandingan Debat Keamanan Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Perdana Sungai Besi di sini malam Isnin.
Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara, menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A di tempat kedua, diikuti UIAM B di tempat ketiga, dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat keempat.
UiTM yang diwakili Mohamad Johan Mat dan Muhammad Haziq Jamaluddin, pelajar ijazah undang-undang, membawa pulang wang tunai RM3,000, piala utama dan sijil penghargaan.
Turut hadir Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin.
Bernama
Mon Feb 15 2016
HISHAMUDDIN: Latihan ketenteraan saja tidak bermakna kita terlibat secara langsung dalam konteks operasi dan itu memang saya tidak benarkan pun. - Foto fail
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Kementerian Pertahanan dapatkan pengesahan lanjut ATM
Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera Malaysia berhubung laporan pembabitan anggota tentera Malaysia dalam misi ketenteraan di Arab Saudi.
Kapal perang di kepulauan Spratly, Malaysia dapatkan penjelasan China dan Amerika
Malaysia akan mendapatkan penjelasan dari China dan Amerika Syarikat mengenai kehadiran kapal perang mereka di Kepulauan Spratly.
Pesawat EC725 dihantar ke Gunung Kinabalu bantu pendaki terkandas
Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas susulan gempa bumi.
KDN kemuka tempoh lanjutan pengusiran penceroboh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra mengenai permohonan kerajaan Filipina yang meminta lanjutan tempoh pengusiran.