awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pertahanan mahu tambah 13 bot pemintas kukuh perairan negara

Aida Aziz
Aida Aziz
26/04/2021
15:34 MYT
Kementerian Pertahanan mahu tambah 13 bot pemintas kukuh perairan negara
Ismail menyaksikan demonstrasi bot berkenaan di Jeti Peluru, Pangkalan TLDM Lumut pada Isnin. - Gambar/ Bernama
LUMUT: Kementerian Pertahanan merancang untuk menambah 13 lagi bot pemintas "Fast Interceptor Craft" (FIC) bernilai lebih RM120 juta bagi memperkasakan lagi pertahanan perairan negara.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima enam bot berkenaan yang kesemuanya bernilai RM80 juta pada 19 Mac lepas.
"Ini merupakan fasa pertama kita menerima FIC dan kita bercadang untuk tambah 13 lagi (FIC) dalam tempoh yang terdekat.
"Bot FIC ini akan membantu pasukan secara keseluruhan bukan sahaja Op Benteng tetapi juga tugas-tugas (keselamatan yang lain)," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan demonstrasi bot berkenaan di Jeti Peluru, Pangkalan TLDM Lumut pada Isnin.
FIC melalui Projek Peralihan Operasi Benteng (Op Benteng) yang dibina Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd (GMI) itu diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB) berperanan sebagai elemen sokongan pertahanan maritim negara terutama kepada kapal TLDM dalam penugasan Op Benteng bagi meningkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek dan berpulau.
Bot pemintas FIC yang dilengkapi dua buah jentera utama dengan sistem dorongan jet air itu mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 50 knot dan dikendalikan oleh lima kru serta mampu membawa sehingga lapan anggota Quick Reaction Force (QRF) pada satu-satu masa.
Mengulas mengenai bot pemintas itu, Ismail Sabri berkata TLDM akan menggunakan enam bot berkenaan di seluruh perairan negara termasuk Sabah.
"Kita akan gunakan segera dan kita lihat keupayaannya cukup membanggakan apabila syarikat GMI ini mampu menyiapkan bot ini dalam tempoh lima bulan," katanya.
Topic Berkaitan
#Kementah
#Kementerian Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#bot pemintas
#FIC
#Fast Interceptor Craft
#menambah kekuatan
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan