KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memastikan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, paling penting LCS dapat disiapkan seperti jangkaan pada tahun 2024 demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.
“Kita cuba siapkan sebelum LCS melalui proses-proses penilaian seperti penilaian pelabuhan dan lain-lain dalam tempoh dua tahun.
“Jika ada isu berbangkit, pihak-pihak yang berwajib harus mengambil tanggungjawab masing-masing untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Syarina Kassim dan Panglima 8 Briged, Brig Jeneral Azudin Hassan.
Adly berkata, kementeriannya akan maklumkan perkembangan terkini berkaitan LCS dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.
Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus namun tiada kapal diterima setakat ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Rabu lalu menegaskan siasatan skandal LCS mesti diteruskan kerana pendakwaan peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi dan membabitkan skandal berskala besar serta ketirisan.
Pada masa sama, projek tersebut diteruskan kerajaan sebagai sebahagian daripada pengukuhan pertahanan negara dan tentera laut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023

Pembinaan LCS untuk TLDM. Gambar kecil: ADLY

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.

Sebanyak 35 peratus keluasan perairan negara diukur semula - Adly Zahari
Proses pengukuran itu dilaksanakan dengan kaedah 'multibeam echosounder', yang merupakan teknologi pengukuran terkini, selari dengan piawaian ditetapkan IHO.

Kementerian Pertahanan pastikan LCS siap ikut jadual
Adly Zahari berkata, paling penting LCS dapat disiapkan seperti jangkaan pada tahun 2024 demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.

RM5.7 juta untuk baik pulih, bina rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM5.7 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi inisiatif perumahan veteran tentera pada tahun ini.

ATM bela nasib veteran jadi mangsa banjir - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus membela nasib warga veterannya yang terjejas dengan banjir di beberapa negeri ketika ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly
Kementerian Pertahanan memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.

Belanjawan 2023: Penambahbaikan aset Kementerian Pertahanan jadi keutamaan - Adly
Adly berkata kesiapsiagaan semua aset kementerian pada setiap masa adalah penting agar kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Hospital Alor Gajah akan beralih status kepada hospital pakar
Perbincangan sudah dijalankan dengan Kementerian Kesihatan dan peralihan status itu berpeluang direalisasi pada tahun ini.

Anggota komando hilang, tidak berlaku pelanggaran SOP - Adly
Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran SOP yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang.

Beri ruang, peluang kepada Anwar tadbir negara - Adly
Beri ruang dan peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tanggungjawabnya mentadbir negara, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.