awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa
Jabatan Kehakiman AS dedah lebih tiga juta dokumen baharu kes Epstein
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pertahanan perkukuh kepakaran perang elektronik, dron - Adly

Bernama
Bernama
06/10/2025
06:37 MYT
Kementerian Pertahanan perkukuh kepakaran perang elektronik, dron - Adly
Adly (foto) berkata kementerian turut memfokuskan usaha mempertingkatkan kawalan pangkalan dan aset strategik utama melalui penggunaan teknologi pengesanan dan pencegahan pesawat tanpa pemandu (UAV). -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang memperkukuhkan kepakaran dalam bidang peperangan elektronik (EW), siber dan operasi dron selaras perkembangan peperangan moden yang melibatkan penggunaan dron tempur, peluru berpandu jarak jauh, EW serta teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Ringkasan AI
  • Kementerian Pertahanan memperkukuh kepakaran dalam peperangan elektronik, siber dan operasi dron selaras dengan ancaman moden.
  • ATM telah memperoleh sistem UAV Anka-S untuk tingkatkan keupayaan risikan, namun masih wujud jurang dalam pertahanan udara berlapis dan sistem C-UAS.
  • Kerjasama serantau dan antarabangsa dipertingkat melalui latihan bersama dan perkongsian teknologi serta kepakaran.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kementerian turut memfokuskan usaha mempertingkatkan kawalan pangkalan dan aset strategik utama melalui penggunaan teknologi pengesanan dan pencegahan pesawat tanpa pemandu (UAV).
Selain itu, beliau berkata Kementerian Pertahanan juga menggiatkan lagi kerjasama dengan rakan strategik serantau dan antarabangsa dalam bentuk latihan bersama dan perkongsian teknologi serta kepakaran.
"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan beberapa perolehan aset baharu seperti sistem UAV Anka-S yang meningkatkan keupayaan pemantauan dan pengumpulan maklumat risikan. Pada masa ini, ATM mempunyai keupayaan asas dalam EW dan pertahanan udara jarak dekat untuk menghadapi ancaman udara tertentu.
"Namun, perlu diakui masih wujud jurang kemampuan terutama dalam aspek pertahanan udara berlapis jarak sederhana-jauh, Counter-Unmanned Aerial Systems (C-UAS) secara menyeluruh serta integrasi penuh AI dan automasi dalam sistem perintah dan kawalan (C2)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#Dewan Rakyat
#peperangan elektronik
#siber dan operasi dron
#ancaman moden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan