awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-mel terbaharu dedah Epstein, Larry Summers saling sindir keupayaan Trump
Carlo Rino cadang pindah ke Pasaran Utama menjelang separuh kedua 2026
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini

Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa

Bernama
Bernama
30/01/2026
23:10 MYT
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa
SHAHRULANUAR MUSHADDAT: Siasatan awal mendapati lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan jenayah sehingga menyebabkan kematian mangsa sebelum mencederakan diri sendiri. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Taman Damai, di sini, dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya selepas gagal dihubungi ahli keluarga selama tiga hari.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mayat wanita berusia 41 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya itu ditemukan kira-kira 12.30 tengah malam Khamis selepas polis bersama ahli keluarga mangsa dan pemilik rumah menyerbu kediaman yang disewa mangsa.
Beliau berkata pasukan bomba terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan selepas mendapati ia berkunci dari dalam dan sejurus pintu dibuka, polis menemukan mangsa sudah tidak bernyawa di atas katil.
"Turut ditemui ialah seorang lelaki berusia 44 tahun, dipercayai teman lelaki mangsa, terbaring di atas katil bersebelahan dalam keadaan kritikal akibat kesan kelar di bahagian leher serta pergelangan tangan.
"Siasatan awal mendapati lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan jenayah sehingga menyebabkan kematian mangsa sebelum mencederakan diri sendiri dan tidak menolak kemungkinan dia berniat membunuh diri," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (Jumaat) sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani
#wanita hilang ditemui maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.