Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk mengekalkan kadar keciciran yang rendah dalam kalangan pelajar India dengan memastikan mereka meneruskan pembelajaran di sekolah.
Dalam hal ini, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian akan menjejaki perkembangan setiap pelajar India.
"Kami mahu beritahu semua pelajar ini bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk mereka maju di negara ini, jadi kami akan mengawal kadar keciciran melalui sistem pemantauan.
"Malah mereka yang keciciran ini, kami mahu mereka mendapat pendidikan semula dengan mengikuti pelbagai latihan vokasional dan mendapat kemahiran yang diperlukan.
"Kami mahu mereka tahu kepentingan mempunyai kemahiran dan pendidikan," katanya kepada Bernama sempena 'Malaysian Indian Education Roadshow' (Minder) di ibu pejabat MIC, semalam.
Mengenai kadar 10.6 peratus pelajar India yang telah mendaftar untuk memasuki pelbagai politeknik tahun lepas, Kamalanathan berkata beliau gembira tetapi percaya lebih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai peratusan yang lebih tinggi.
"Saya gembira, tetapi masih belum berpuas hati. Saya akan lebih gembira jika bilangannya adalah 6,000 pelajar, bukan 2,000 ditempatkan di politeknik," katanya.
Ditanya mengenai reaksi masyarakat India mengenai Minder yang dilancarkan tahun lepas dan berjaya mendekati 15,000 pelajar, beliau berkata tahun ini masih belum menggalakkan.
Bagaimanapun beliau berkata program itu telah mencatatkan kejayaan.
Bernama
Wed May 25 2016
Kementerian akan menjejaki perkembangan setiap pelajar India bagi mengawal kadar keciciran mereka daripada sekolah. - Gambar hiasan
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.
KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.
18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM
Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Malaysia juarai pertandingan antarabangsa World Robot Olympiad 2023
Pasukan KPM berjaya muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang berlangsung di Panama City, Panama, bermula 7 Nov hingga semalam.
Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.
Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia
KPM mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang dan ketidakupayaan melalui bidang pendidikan dan kemahiran.
Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan
Bantuan Awal Persekolahan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.
SK Nanga Klassen berwajah baharu selepas 60 tahun
Program baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman, salah satu projek pembinaan semula bangunan daif sekolah di Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion.
Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.
Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.