awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura

Bernama
Bernama
15/06/2019
03:57 MYT
Kementerian siasat produk air minuman ditarik balik daripada pasaran Singapura
KKM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran produk jenama Starfresh keluaran Malaysia yang ditarik balik daripada pasaran Singapura. -Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran produk air minuman berbungkus (AMB) jenama Starfresh keluaran Malaysia yang ditarik balik daripada pasaran Singapura.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berikutan produk berkenaan dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa iaitu sejenis bakteria yang terdapat secara meluas di persekitaran seperti yang dilaporkan oleh laman sesawang Singapore Food Agency (SFA) pada Rabu lalu.
"Hasil verifikasi KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati kilang yang menghasilkan produk itu melaksanakan program jaminan keselamatan makanan dan mematuhi keperluan pelesenan punca air minuman yang ditetapkan KKM.
"KKM juga mengesahkan produk AMB jenama Starfresh ini hanya dipasarkan ke Singapura dan tidak dijual di pasaran tempatan. Bagaimanapun, kementerian sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran seperti yang dilaporkan sebelum ini untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
SFA menerusi laman webnya pada Rabu lalu telah mengarahkan produk minuman itu ditarik balik daripada pasaran Singapura selepas dikesan tercemar bakteria berkenaan melibatkan produk yang berisipadu 1,500ml dan 500ml dengan tarikh luput pada 13 Mei 2021 dan 11 Mei 2021.
Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk-produk makanan di pasaran tempatan termasuk produk AMB.
Katanya produk AMB untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 jika gagal mematuhinya.
"Seksyen itu menetapkan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Bakteria Pseudomonas aeruginosa boleh ditemui di dalam air, najis, sisa kumbahan serta tanah boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan penyakit kepada manusia khusunya kepada golongan yang mempunyai sistem ketahanan yang rendah.
Namun, katanya produk makanan yang dicemari bakteria ini jarang memberikan kesan kesihatan kepada individu yang sihat.
Beliau turut meminta pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara itu atau sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air minuman
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#pencemaran produk air minuman berbungkus
#Singapore Food Agency
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan