Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan lengkap berkenaan kejadian guru yang mengetip telinga seorang murid sekolah menggunakan dawai kokot di Likas, Sabah.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, laporan lengkap insiden itu kini sedang disediakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, seorang murid Tahun Empat diketip telinga kirinya menggunakan dawai kokot oleh gurunya sehingga berdarah.
Difahamkan, ia akibat kegagalan murid itu menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberikan.
“Kita masih lagi menunggu laporan lengkap dari JPN Sabah. Kita mahukan laporan lengkap mengenainya,” katanya.
Mangsa setakat ini telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, keluarga murid berkenaan telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.
Astro Awani
Sun Sep 29 2019

Mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut. Foto ihsan Sabah Post

Rasuah | Bekas CEO tidak mengaku bersalah
Bekas Pegawai Eksekutif Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah 41 ribu ringgit. Tertuduh, Abas Tuah, 59 tahun, didakwa telah memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa dia boleh membantunya mendapatkan tapak perniagaan dan memudahkan pembaharuan kontrak sewaan tapak perniagaan di Kota Kinabalu International Airport (KKIA).
![[TERKINI] 12 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan [TERKINI] 12 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899602/15146777261618309188693_640x360.jpg)
[TERKINI] 12 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan
Ini perkembangan yang baru kami terima berhubung situasi penularan jangkitan COVID-19 negara. Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 12 kes kematian hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,345 kes. Selain itu, 1,767 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19, 363,940 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 16,300 kes. Dalam pada itu, bilangan sembuh hari ini ialah 1,290 kes menjadikan jumlah pulih sebanyak 346,295 kes. Sehingga kini, 199 kes positif sedang dirawat di ICU, 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Cerita Sebalik Berita: Terengganu catat kebolehjangkitan tertinggi
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Reezal Merican, 264 atlet negara terima vaksin COVID-19
Sebentar tadi, berlangsungnya program COVID-19 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kompleks Sukan DBKL, Taman Desa Tasik, Kuala Lumpur. Antara yang menerima suntikan vaksin itu adalah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Laporannya bersama wartawan Isabelle Leong.

Zii Jia tidak ambil vaksin kerana demam - Hendrawan
Juara All England 2021, Lee Zii Jia terlepas suntikan vaksin COVID-19 hari ini kerana demam.

SC kenakan celaan terhadap Remitano, masukkan dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan celaan ke atas Remitano kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) di Malaysia tanpa kebenaran.

Cerita Sebalik Berita: Kemeriahan bazar Ramadan di Alor Setar
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan - Menteri
Kerajaan masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan termasuk pada 2020 dan 2021.

COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.

10 sekolah terjejas akibat ribut akan segera diselenggara
Penyelenggaraan tersebut perlu disegerakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak terjejas.

Kementerian tunggu laporan lengkap kes guru ketip telinga murid guna dawai kokot
Laporan lengkap insiden itu kini sedang disediakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.