KUALA LUMPUR:Kedudukan negara merosot enam anak tangga pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2020 adalah perkara serius yang membimbangkan dan memerlukan renungan secara mendalam.
Ahli Institut Integriti Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata Malaysia memperoleh 51 daripada 100 mata untuk CPI pada 2020 berbanding 57 mata pada tahun sebelumnya dan hakikatnya Malaysia telah jatuh enam mata adalah perkara yang tidak boleh diambil mudah.
"Sebaliknya kita tidak boleh leka dalam usaha memerangi rasuah di mana, bila dan bagaimana sekalipun ia berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lee berkata langkah-langkah bersepadu dapat diambil untuk mengurangkan gelaja tersebut melalui penguatkuasaan ketat undang-undang yang sedia ada dan menerusi pendidikan awam.
Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dipuji atas tindakan pantas dalam kes di mana terdapat bukti mengenai amalan rasuah di sektor awam dan swasta serta berjaya mendapatkan sabitan dalam beberapa kes berprofil tinggi.
Lee berkata usaha perangi rasuah perlu diperhebatkan dan ia memerlukan usaha teliti, komitmen, iltizam politik dan kecendurungan untuk meneruskan usaha walaupun ada godaan.
"Ia adalah pendekatan serampang dua mata - mendakwa mereka yang disyaki meminta dan menerima habuan untuk sesuatu perkara yang dilaksanakan serta mendidik rakyat supaya beretika, memelihara integriti dan nilai-nilai lain yang membenci perbuatan rasuah," katanya.
Lee berkata kempen kesedaran mengenai rasuah perlu dimulakan seawal peringkat sekolah dengan menekankan kepada nilai amanah dan integriti dalam masyarakat, institusi dan amalan sihat.
Menurutnya, semakan semula undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah antara usaha yang dicadangkan bagi mengurangkan amalan rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021
Lee berkata langkah-langkah bersepadu dapat diambil untuk mengurangkan gelaja tersebut melalui penguatkuasaan ketat undang-undang yang sedia ada dan menerusi pendidikan awam. - Gambar fail
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN
Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
[KOLUMNIS] Perbaiki CPI, belajar dari Korea Selatan
Bagi merealisasikan sasaran kerajaan untuk berada di kedudukan 25 teratas dalam CPI, banyak perkara yang boleh dipelajari dari Korea Selatan.
[KOLUMNIS] 'Shared responsibility' bagi capai CPI lebih baik
SPRM berpandangan NACP perlu diberi ruang untuk dinilai semula supaya dapat memberi penekanan kepada inisiatif berimpak tinggi yang boleh membawa perubahan ketara dan pantas.
Indeks CPI: Skor negara menurun dipengaruhi pelbagai faktor penilaian - Akhbar Satar
Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam negara, namun ia membabitkan beberapa faktor termasuk sosio-ekonomi dan politik.
Wujudkan Suruhanjaya Bebas Antirasuah - IDEAS
Cadangan itu berikutan kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021.
Rasuah: Rakyat digesa jangan berdiam diri, 'in denial' - MCW
Rakyat juga perlu dipertanggungjawabkan kerana tidak bertindak biarpun kedudukan Malaysia semakin tidak memuaskan.
Isu Rasuah: Khidmat akaun luar pesisir perlu jadi indikasi tentukan skor CPI
Negara yang menyediakan perkhidmatan berkenaan menjadi tumpuan untuk individu menyimpan harta sama ada diraih secara sah atau sebaliknya.
PM perlu dedah nama pihak yang beri tekanan campuri urusan mahkamah - TI-M
Presiden TIM, Dr Muhammad Mohan menjelaskan perdana menteri juga boleh menamakan pihak yang memberi tekanan kepada beliau untuk mencampuri beberapa kes mahkamah.
Perlu tukar budaya 'OK kalau rasuah di Malaysia' - Anas Zubedy
Rakyat perlu menukar budaya dan pemikiran tidak salah jika menerima atau memberi rasuah di negara ini.
Tahun 2020 menunjukkan rasuah mampu membunuh - Transparency International
Menurut Transparency International, gejala rasuah berlaku dengan berleluasa menerusi tindak balas memerangi COVID-19.