Astro AWANI menerima reaksi pelbagai dari orang ramai di media sosial berkenaan kempen 'Jom Bawa Bekal ke Sekolah'.
Kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertujuan untuk menggalakkan pengamalan makanan yang sihat dan seimbang yang disediakan dari rumah masing-masing.
Selain itu ia juga bertujuan menjimatkan wang saku harian pelajar.
Terdahulu, persatuan-persatuan pengguna di Malaysia seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persekutuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) menyatakan sokongan penuh usaha ini.
Ketiga-tiga organisasi ini turut menggalakkan kempen ini diamalkan bukan sahaja kepada pelajar sekolah tetapi juga golongan pekerja.
Berikut adalah beberapa reaksi yang diterima kami.
Langkah yang bijak untuk berjimat
“Di Eropah dan Amerika Syarikat pun memang ramai ibu bapa yang membekalkan anak mereka makanan ke sekolah, di Eropah juga ramai yang membawa bekal ke tempat kerja, it is not something bad (judging by the way most of the comments in AWANI’s FB) - it is something smart and noble, by cooking you own meal, you can ensure, it's clean, healthy and cheaper. It has positive points across the board and you'll save a lot of money especially for families” - Anna Sue
“Idea yang bagus sebenarnya kerana ia akan mengurangkan anak-anak kena pencemaran makanan. Saya ke ofis pun kadang-kadang bawa bekal. Tiada masalah pun” - Harnizah Roslan
“Bawa bekal ke sekolah dan tempat kerja memang ada kebaikannya dari segi kebersihan, kualiti makanan yang di sediakan oleh ibu atau isteri. Insya Allah memang terjamin dan menjimatkan. Kalau suka ikut , kalau tak suka , tak payah ikut, kerajaan pun tak paksa” - Noor Hasanah Ahmad
“Saya pernah melawat kantin sebuah sekolah. Nasi sedikit, telur rebus bahagi enam, ikan bilis dua tiga ekor saja. Kasihan, budak-budak tak tahu apa, main makan saja. Mentang-mentang jual kepada budak-budak sekolah, senang-senang tipu. Lebih baik bawak bekal yang ibu masakkan sendiri. Sudah tentu ibunya yang akan sediakan makanan yang paling baik dan bersih. Tak mungkin ada ibu yang sanggup memasak makanan yang tidak berkualiti” - Meggi Sedap
"Kempen ni bagus sebab ibu boleh sediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak dan untuk para peniaga kantin supaya mereka lebih berusaha untuk sediakan makanan berkhasiat juga kepada pelajar, bukan lagi menu nugget, sosej, dan makanan segera yg digoreng dalam minyak yang diguna berulang-ulang kali......harap kempen ini diperkukuhkan” - Azlina Kamarudin
Tiada masa sediakan bekal untuk anak atau ke tempat kerja
“Ibu bapa kerja kadang-kadang tak sempat nak masak. Kalau masak pun pasti sampai kerja lewat” - Abu Bakar Jamain
“Kasihan ibu kena bangun pukul 4-5 pagi masak bekal untuk anak anak. Kalau suri rumah mungkin ok, tapi kalau bekerja?” - Rabbani Afiq
“Sudah lama amalan ini tetapi dulu golongan ibu ramai yang suri rumah, dapatlah menyediakan bekal setiap hari. Hanya bapa sahaja yang kerja. Sekarang, desakan hidup menyebabkan suami isteri kene bekerja. Kalau tak kerja tak cukup wang. Bila bekerja, tak sempat jaga anak, tak sempat buat bekal untuk anak-anak” - Mat Janggut
“Kalau si ibu tidak bekerja atau mempunyai orang gaji mungkin kempen bawak bekal ini berjaya. Mungkin ada yang kata ini alasan orangg malas tapi si ibu bukanlah robot, dia pun penat bekerja cari nafkah untuk keluarga” - Badar Abu Bakar
“Nak bawa bekal ke sekolah bukan masalah, tapi cuba fikir jika anak-anak yang naik bas sekolah, bas sekolah datang seawal pukul 6 pagi atau lebih awal. Jika bawa nasi goreng atau nasi panas, apabila tiba waktu rehat di sekolah, kadang-kadang bekal yang dibawa akan basi. Jawapnya hari-hari bawa roti” - Fiona Kheng
Mahu menteri amalkan dahulu
“Apa kata menteri buat dulu” - Ijan Sulaiman
“Menteri atau cikgu kene mulakan dulu, bawa bekal. Baru pelajar akan ikut” - Norizman ToneExcel
“Harap semua menteri dan pembesar negara bawa bekal sebagai contoh tauladan kepada rakyat” - Muhammad Azuwari Abd Aziz
“Minta menteri bawa bekalan dulu, baru ada inspirasi” - Bala Raju
“Harap menteri pun bawa bekal juga” - Nor Hafizah Musa
“Kepimpinan melalui teladan, menteri akan bawa bekalkah?” Trader OneTegar
“Selepas ini harap menteri juga bawa bekal untuk tunjukkan contoh teladan kepada rakyat” - Ngah Dan
Pendapatan pengusaha kantin atau peniaga kecil akan terjejas
“Saya peniaga kantin sekolah menengah. Pandangan saya, jika murid sekolah rendah boleh bawa bekal sebab waktu rehat bermula 9.45 pagi. Mungkin makanan itu masih elok untuk dimakan. Jika pelajar di sekolah menengah, waktu rehat mereka 10.25 dan 11.00 pagi. Jika pelajar menaiki bas 6.30 pagi, ibu bapa akan masak makanan seawal jam 5.30 pagi. Adakah makanan ini masih lagi elok? Saranan saya, jika menu kini tidak sihat, pihak sekolah wajib menentukan menu seperti di tadika. Dan ibu bapa hanya perlu membayar yuran makan setiap bulan pada pihak sekolah. Sudah jadi trend masakini, anak-anak lebih sukakan fast food n yang bergoreng. Berbanding bubur ayam dan sayuran” - Erahayati Yati
“Jika semua bawa bekal ke sekolah, tutup kantin nanti” - Junaidah Ibrahim
“Kalau semua bawa bekal bagaimana makcik kantin nak berniaga?” - Azril Shah
“Bagaimana pula pengusaha kantin seperti kami. Harga barang melambung naik, harga dijual di sekolah kene ikut kementerian” - LaksOmana NAsi KeRabu
“Kasihan pada pengusaha kantin macam saya, kalau murid dan guru bawa bekal. Kantin mungkin akan tutup” - Nor Zaini
“Kalau semua pakat bawa bekal, pengusaha kantin bagaimana? Nak berniaga pada siapa? Bagaimana nak bayar sewa bulanan?” - Iz-zah Zah
Apa pula alasan anda? Sertai undian Astro AWANI:
Azyyati Ahmad
Sat Oct 18 2014
Astro AWANI turut menerima reaksi pelbagai dari orang ramai di media sosial berkenaan kempen ini.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah': Alasan pembaca sokong atau tidak
Astro AWANI menerima reaksi pelbagai dari orang ramai di media sosial berkenaan kempen 'Jom Bawa Bekal ke Sekolah'.
Persatuan pengguna sokong kempen Jom Bawa Bekal ke Sekolah
Rata-rata persatuan pengguna menyambut baik kempen Jom Bawa Bekal ke Sekolah sebagai satu inisiatif penjimatan kos, juga bagi menjamin kualiti makanan kepada pelajar.