Bagi menyemarakkan amalan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat demi mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini, Kempen Pembudayaan Norma Baharu akan dilancarkan di peringkat kebangsaan, di Johor, Sabtu ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kempen yang akan berlangsung sehingga Disember itu akan dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertempat di Kompleks Sukan Pagoh, Johor.
"Ini bukan soal kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan tetapi lebih kepada penghayatan untuk kebaikan bersama, keluarga, jemaah dan masyarakat.
"Petugas barisan hadapan telah berjuang sehabis baik, kini giliran kita semua untuk membantu mereka… kita saling menjaga sesama kita," katanya dalam satu sidang media di sini.
Katanya, sempena majis pelancaran itu juga, Perdana Menteri akan melancarkan Buku Pembudayaan Norma Baharu Komuniti yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Saifuddin berkata, kempen yang menyasarkan penyebaran maklumat dari KKM kepada segenap lapisan masyarakat itu akan turut melibatkan penggunaan pelbagai platform seperti media massa, media sosial, papan iklan, jerayawara, program keagamaan, penerbitan poster dan gegantung.
Beliau berkata, rakyat harus bersama-sama memainkan peranan melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19 dan memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak berkenaan.
Katanya, meskipun Malaysia merupakan antara negara terbaik mengurus penularan wabak berkenaan, namun virus COVID-19, masih wujud dan jumlah kes jangkitan boleh bertambah pada bila-bila masa, sekiranya orang ramai tidak membudayakan norma baharu.
Ini kerana katanya, masyarakat didapati mula alpa terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan situasi ini contohnya dapat dilihat semasa jemaah di masjid yang pada awalnya mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan mengamalkan jarak fizikal, namun selepas selesai solat, mereka tidak lagi menghayati SOP yang ditetapkan dengan berasak-asak keluar dari masjid.
Mengulas lanjut mengenai kempen itu, Saifuddin turut meminta agensi terlibat dan pemimpin komuniti untuk menyalurkan maklumat lebih kreatif supaya mesej yang disampaikan benar-benar memberi kesan kepada masyarakat.
"Kita tidak seharusnya menekakan kepada hanya mesej mengamalkan penjarakan fizikal meskipun ia aspek yang amat penting… tetapi saya berpendapat, kita harus lebih kreatif dan mengambil inisiatif (dalam mendidik masyarakat mengenai bahaya COVID-19) melalui idea yang bernas,” katanya./p
Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan pemenang pertandingan mencipta logo dan slogan kempen kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang berlangsung pada 1 hingga 10 Julai lalu, akan diumumkan semasa pelancaran kempen berkenaan di Johor.
Beliau berkata seramai 1,137 peserta daripada usia 13 hingga 64 tahun menyertai pertandingan itu dengan 2,150 penyertaan diterima.
Johan pertandingan akan menerima hadiah wang tunai RM5,000; tempat kedua RM3,000; dan ketiga RM1,000, selain hadiah bagi penyertaan terbanyak.
Bernama
Thu Aug 06 2020
Saifuddin berkata, kempen yang menyasarkan penyebaran maklumat dari KKM kepada segenap lapisan masyarakat itu akan turut melibatkan penggunaan pelbagai platform. Foto: Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.