SUBANG JAYA: Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan menggerakkan perbincangan dengan Kementerian Perpaduan Negara bagi memperluas pelaksanaan kempen #saysomethingnice kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai usaha menyatupadukan rakyat negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kempen seumpama itu perlu digerakkan untuk mengingatkan kepada ahli-ahli politik bahawa mereka juga perlu memainkan peranan dalam usaha mewujudkan penyatuan di Malaysia.
"Kita gerakkan juga usaha ini untuk membawa ahli politik di Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk bersama supaya kita mengingatkan mereka perlu menjadi 'pemimpin' untuk menyatukan rakyat dan kesatuan ini amat penting untuk kita jadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kempen perpaduan #saysomethingnice di Universiti Taylor di sini hari ini.
Fadillah berkata dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu sekarang apabila negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi, ia perlu bermula dengan perpaduan antara rakyat serta kesatuan dalam kalangan pemimpin.
"Kita perlu menggerakkan usaha ini supaya menggalakkan semua lapisan masyarakat tak kira sama ada ahli politik, ahli korporat, rakyat perseorangan dan sebagainya untuk mula mengatakan apa sahaja yang baik supaya ia dapat menyatukan negara kita.
"Kita kena bersatu dalam tindakan dan aspirasi kita untuk menjadikan Malaysia lebih baik kerana kita dikenali sebagai sebuah negara bersatu-padu dan dihormati dunia," katanya.
Kempen #saysomethingnice yang memasuki edisi kesepuluh digerakkan syarikat Zubedy (M) Sdn Bhd bersempena sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia dan akan berlangsung selama 17 hari bermula 31 Ogos ini.
Terdahulu dalam ucapan perasmian, Fadillah menggesa orang ramai supaya tidak berasa takut untuk menegur sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.
"Kalau ahli politik tidak bercakap dengan betul, jangan takut beri teguran. Sekarang kita perlukan seluruh rakyat untuk sama-sama membina Malaysia lebih makmur dan sejahtera di mana kita dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai," katanya.
Fadillah berkata kerajaan sentiasa konsisten memikirkan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan sejajar dengan kerangka perpaduan baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan berkonsepkan Perpaduan dalam Kepelbagaian bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
Beliau berkata kerajaan juga menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara Malaysia (MPPN), sebuah majlis yang diwujudkan khas untuk menggalakkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan penduduk berbilang kaum.
"Peranan MPPN adalah untuk memastikan perpaduan kekal utuh demi masa depan Malaysia menerusi perbincangan isu perpaduan, usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut, dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Fadillah berkata kempen seumpama itu perlu digerakkan untuk mengingatkan kepada ahli-ahli politik bahawa mereka juga perlu memainkan peranan dalam usaha mewujudkan penyatuan di Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur, jejaki pasaran serantau
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 755.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 716 sen sekilogram.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim
Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.