Ada sebahagian daripada kita yang terkejut apabila melihat bil elektrik mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Ini telah mencetuskan perdebatan sama ada apakah bil elektrik kita terlalu tinggi?
Namun persoalan yang lebih besar adalah: adakah kenaikan bil elektrik itu hanya berlaku di Malaysia sahaja, atau adakah ia fenomena global?
Penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan kita mengharungi tempoh getir yang tidak menentu dan belum pernah terjadi sebelum ini, dan dengan keadaan seluruh dunia berada di bawah sekatan pergerakan, ramai yang menghabiskan lebih banyak masa di rumah berbanding sebelumnya.
Menurut satu laman web kaji selidik, Populus, trend kenaikan bil elektrik itu juga dapat dilihat di negara-negara lain dengan United Kingdom mencatatkan purata peningkatan GBP32.31 (RM173.17) sebulan.
Di New York, penggunaan elektrik pada hari bekerja di pangsapuri meningkat sebanyak tujuh peratus selepas perintah duduk di rumah, manakala penggunaan pada hujung minggu melonjak empat peratus.
Trend yang sama turut berlaku di seluruh dunia tanpa mengira status ekonomi termasuk di Australia, Singapura, Indonesia, Thailand, India serta Hawaii.
Memandangkan bekerja dari rumah merupakan penyelesaian utama semasa tempoh tersebut dan sekolah terpaksa ditutup, tidak dapat dielak penggunaan elektrik akan meningkat dengan drastik.
Bagi yang berada di rumah, kebanyakan daripada mereka juga mula dilanda hobi baharu mencuba memasak beraneka jenis makanan bagi keluarga termasuk resipi yang tidak pernah mereka terpikir untuk mencubanya sebelum ini.
Menurut laporan, jualan dalam talian perkakas elektrik seperti ketuhar, pengadun dan mesin pembuat roti melonjak semasa tempoh PKP.
Namun berapa ramaikah pengguna yang sebenarnya mengambil tahu berapa banyak elektrik yang digunakan oleh peralatan tersebut?
Berdasarkan kepada pengiraan, peralatan elektrik seperti pemanas air, penyaman udara, ketuhar gelombang mikro, ketuhar, periuk induksi, mesin basuh dan mesin pengering serta lampu menggunakan sebahagian besar daripada penggunaan tenaga di rumah.
Dan ditambah dengan penggunaan Internet 24 jam akan meningkatkan lagi penggunaan elektrik.
Internet dan kabel yang tidak dicabut juga menjadi antara penyumbang kepada kenaikan bil elektrik.
Meskipun penggunaan elektrik dalam kalangan pengguna elektrik komersial dan perindustrian mencatatkan penurunan, namun berbeza pula dengan pengguna kediaman yang mencatatkan peningkatan penggunaan apabila aktiviti kehidupan beralih daripada pejabat ke rumah.
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pelanggan elektrik Tenaga Nasional Bhd akan mendapat diskaun bagi bil elektrik mereka untuk tempoh enam bulan akan datang.
Ketua Pegawai Runcit TNB Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata 6.3 juta pelanggan kediaman B40 dan M40 TNB akan dapat menikmati kadar diskaun itu daripada lebih 7.5 juta pengguna dalam segmen kediamannya.
Oleh itu, lebih daripada 80 peratus pelanggan TNB akan menerima diskaun antara 15 peratus dan 50 peratus bagi penggunaan elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan dari 1 April hingga 30 Sept, 2020.
Bagi pelanggan bukan kediaman, ia termasuklah kategori tarif berikut:
Komersial (pengendali hotel, agensi pelancongan, pejabat syarikat penerbangan tempatan, gedung membeli belah, pusat konvensyen dan taman tema) = 15 peratus.
Komersial (selain enam sektor terpilih itu), perindustrian, pertanian (khusus) = dua peratus.
Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menjana semula ekonomi Malaysia serta melindungi kebajikan rakyat.
Ketika kerajaan terus berjuang memerangi musuh yang tidak kelihatan ini, rakyat Malaysia perlu kekal bersatu padu dan bekerjasama untuk mengukuhkan ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik itu.
Semoga kita semua bersama-sama akan dapat melihat pengakhiran kepada perjuangan ini dan bangkit semula dengan lebih kukuh daripada sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 18 2020
Trend yang sama turut berlaku di seluruh dunia tanpa mengira status ekonomi termasuk di Australia, Singapura, Indonesia, Thailand, dan India. -Gambar hiasan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.
Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar
Pihak perbankan dan pemain industri solar dicadangkan menjalinkan kerjasama bagi memudahkan rakyat mendapatkan teknologi solar di negara ini.
Cuaca panas, bil elektrik naik berganda
Bil elektrik meningkat kerana penggunaan kipas dan penyaman udara yang lebih kerap berbanding sebelum ini bagi meredakan bahang panas.
Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.
Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah
Kes berkenaan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, yang menetapkan 26 Julai 2022 sebagai tarikh pengurusan kes.