awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH Wanita 2: Impian Malaysia ke separuh akhir lebur
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas
MALAYSIA
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ

Faida Rahim
Faida Rahim
13/05/2024
01:30 MYT
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Selain memenuhi keperluan undang-undang kenaikan ini adalah untuk memastikan keseimbangan nilai sewa setahun (nilai tahunan) sebanding dan relevan dengan nilai sewa pasaran semasa pegangan harta masing masing.
AMPANG: Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997 bersamaan 27 tahun yang lalu.
Sehubungan itu, MPAJ berharap pemilik pegangan harta yang berada dalam kawasan pentadbiran memahami akan kepentingan dan keperluan penyediaan Senarai Nilaian Baharu.
Menurut MPAJ, selain memenuhi keperluan undang-undang, kenaikan ini adalah untuk memastikan keseimbangan nilai sewa setahun (nilai tahunan) sebanding dan relevan dengan nilai sewa pasaran semasa pegangan harta masing-masing.
MPAJ juga sedia maklum mengenai aduan diterima seorang penduduk mengalami kenaikan cukai sebanyak 224 peratus iaitu daripada RM191.40 setahun kepada RM429 setahun.
"Mengambil maklum akan contoh kenaikan yang dinyatakan iaitu cukai dinaikkan daripada RM191.40 setahun kepada RM429 setahun jelas menunjukkan kenaikan yang dialami oleh pegangan harta tersebut adalah sebanyak 224 peratus.
"Namun, pemilik seharusnya memberikan perhatian kepada ruangan “Cukai Perlu Dibayar” yang jelas menunjukkan had ‘capping’ sebanyak 25 peratus merupakan subsidi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri," jelas MPAJ dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Kredit: MPAJ
Kredit: MPAJ
Kredit: MPAJ
Kredit: MPAJ
Kredit: MPAJ
Kredit: MPAJ
Terdahulu, Astro AWANI menerima aduan pemilik pegangan harta dalam kawasan pentadbiran MPAJ memaklumkan berdepan kenaikan lebih 50 peratus dalam bil terbaharu.
Astro AWANI menerima aduan pemilik pegangan harta dalam kawasan pentadbiran MPAJ memaklumkan berdepan kenaikan lebih 50 peratus dalam bil terbaharu.
Astro AWANI menerima aduan pemilik pegangan harta dalam kawasan pentadbiran MPAJ memaklumkan berdepan kenaikan lebih 50 peratus dalam bil terbaharu.
Sementara itu, MPAJ turut menyediakan maklumat berkaitan dalam bentuk soalan lazim, info grafik, video dan taklimat bertujuan menerangkan tujuan dan kepentingan Senarai Nilaian Baharu demi memudahkan pemahaman setiap pemilik pegangan harta.
Sebelum ini, terdapat aduan yang menggesa MPAJ menangguhkan kenaikan cukai taksiran terutama dalam keadaan rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan dan kenaikan tarif elektrik.
Topic Berkaitan
#subsidi
#MPAJ
#cukai taksiran naik
#aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami