Kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.
"Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi KGT disamping gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-16 yang diadakan di sini pada Rabu.
Pada ucapan tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa lagi berita baik buat penjawat awam.
Beliau mengumumkan kenaikan pangkat kali kedua kumpulan pelaksana perkhidmatan awam dipendekkan dari 13 kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018. Kenaikan itu melibatkan seramai 13,006 pegawai.
Bagi perkhidmatan pendidikan, Najib mengumumkan mewujudkan gred perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG56.
"Gred tersebut akan diberikan kepada pegawai DG54 yang telah memegang jawatan tersebut lebih lima tahun. Pegawai terbabit juga perlu mempunyai rekod yang cemerlang," jelasnya.
Menurutnya, golongan pesara juga tidak dilupakan apabila beliau mengumumkan kenaikan kadar pencen satu peratus.
"Bagi menjaga kebajikan pesara kerajaan yang kini jumlahnya mencecah 800,000 orang, maka Kerajaan bersetuju untuk memberikan sebanyak satu peratus lagi kenaikan kadar pencen secara one-off mulai 1 Julai 2018 sehingga 31 Dis 2018, sebagai tambahan kepada dua peratus yang diterima oleh pesara pada 1 Januari 2018," jelasnya.
Turut diumumkan bagi pesara kerajaan adalah geran khas sebanyak RM1 juta bagi kegunaan persatuan pesara dan kuota khas haji bagi pesara.
Kerajaan turut mengumumkan perlanjutan kemudahan kesihatan kepada ibu bapa pekerja lantikan kontrak bermula 1 Julai 2018.
Perdana Menteri turut menyentuh cuti tanpa rekod melibatkan bab keagamaan.
"Dalam Bajet 2018, Kerajaan telah meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tujuh hari bagi tujuan umrah kepada penjawat awam beragama Islam.
"Lantaran itu, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada penjawat yang bukan beragama Islam, bagi menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing, tertakluk kepada maksimum tujuh hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Ianya berkuat kuasa mulai Januari 2018," ujarnya.
Pada akhir majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan dana kepada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebanyak RM3 juta.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Apr 04 2018

Kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018. - BERNAMA/Fail

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Senarai Makluman Pelabur mengandungi senarai tapak web yang tidak dibenarkan, produk pelaburan, syarikat dan individu.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Kematian doktor pelatih HPP: MMA sokong wujudkan pasukan khas dengan beberapa kriteria
MMA menyambut baik langkah kerajaan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih.

CUEPACS cadang JPA beri penekanan kepada pekeliling perkhidmatan awam
Cuepacs mencadangkan JPA memberi penekanan kepada pekeliling yang sudah berkuat kuasa tetapi masih tidak dilaksanakan atau gagal dilaksanakan sepenuhnya oleh sesetengah jabatan.

CUEPACS mohon gaji minimum RM1,800 tampung kos sara hidup yang semakin meningkat
CUEPACS mencadangkan gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan kerana pendapatan semasa mereka tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Segerakan kenaikan gaji penjawat awam, elak amalan rasuah - Cuepacs
Ceupacs telah mencadangkan kepada kerajaan kenaikan gaji minimum penjawat awam daripada RM1,200 kepada RM1,800.

Senaraikan COVID-19 penyakit berjangkit dalam pekeliling perkhidmatan - Cuepacs
Langkah itu bagi membolehkan ibu bapa, khususnya yang menjadi kontak rapat, mendapat kemudahan lima hari cuti kuarantin.

Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan wajar dimartabatkan - Cuepacs
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah.

Cuepacs cadang gaji minimum baharu RM1,800
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi mengulangi cadangan gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam berbanding RM1,200 sebulan ketika ini.

Pekeliling elaun penjawat awam antara yang perlu segera dikaji semula - Cuepacs
Pekeliling berhubung pemberian beberapa elaun di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah antara perkara yang perlu dikaji semula oleh kerajaan secepat mungkin.

Penjawat awam tunjang sistem penyampaian kerajaan - Cuepacs
Penjawat awam perlu menjadi tunjang dalam sistem penyampaian kerajaan untuk memudah cara selain menyampaikan dasar dan bantuan kepada rakyat dengan lebih berkesan dan tersusun.

Kebenaran penjawat awam berpolitik perlu pekeliling jelas - Cuepacs
Kerajaan perlu segera mengeluarkan pekeliling atau garis panduan yang jelas mengenai kebenaran bagi guru serta petugas Kemas untuk terlibat aktif dalam aktiviti politik.