Skip to main content

Teknologi

Qualcomm dijangka naikkan harga cip mulai September, telefon pintar premium bakal terkesan

Qualcomm Dalam Perbincangan Membeli Modular Inc Sebagai Cara Untuk Memasuki Pasaran Cip AI -- AMANZ
Qualcomm memaklumkan pihaknya tidak lagi mampu menyerap peningkatan kos pembekal, meskipun pelbagai usaha termasuk mendapatkan komponen alternatif daripada sumber baharu telah dilakukan. -Foto Amanz
Advertisement

SAN DIEGO: Gergasi semikonduktor Amerika Syarikat Qualcomm dilapor merancang menaikkan harga jualan cip pemprosesannya bermula September ini, sekali gus dijangka memberi kesan langsung kepada harga telefon pintar premium, lapor Amanz.

Syarikat itu dilapor mula menghantar makluman rasmi kepada pelanggan industri mengenai pelarasan kadar baharu tersebut, yang membabitkan peningkatan pada kadar peratusan dua digit.

Berdasarkan surat dalaman syarikat yang dilihat Bloomberg News, Qualcomm memaklumkan pihaknya tidak lagi mampu menyerap peningkatan kos pembekal, meskipun pelbagai usaha termasuk mendapatkan komponen alternatif daripada sumber baharu telah dilakukan.

Penganalisis pasaran berkata situasi itu berpunca daripada kekurangan bekalan cip memori dan komponen lain dalam industri, susulan pelaburan besar-besaran yang dialihkan ke arah pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di seluruh dunia.

Kekangan kapasiti pengeluaran itu turut memberi kesan kepada bekalan komponen bagi sektor elektronik pengguna, terutama telefon pintar.

Pelarasan harga tersebut berlaku ketika Qualcomm sedang bersiap sedia memperkenalkan cip pemproses utama generasi baharu pada suku keempat tahun ini.

Kenaikan kos perkakasan itu dijangka memberi tekanan kepada pengguna memandangkan pengeluar telefon pintar utama dunia berkemungkinan memindahkan kos tambahan berkenaan kepada harga jualan runcit produk baharu mereka.

 

Must Watch Video

Advertisement