awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM

Bernama
Bernama
10/12/2024
04:10 MYT
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi sehingga menimbulkan banyak masalah kepada pesakit dan menyumbang kepada peningkatan inflasi.
Beliau berkata, BNM bersama Perbendaharaan dan KKM sedang meneliti dan merangka panduan tegas untuk memastikan syarikat insurans dan pengendali takaful (MHIT dan ITO) mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan premium.
"Kenaikan ini adalah bersandarkan treshold yang lebih rendah di Malaysia serta kos perubatan dan perkhidmatan yang tinggi, seperti dijelaskan oleh syarikat insurans.
"Bagaimanapun, KKM dan BNM kini sedang menyelaraskan tindakan supaya kenaikan tersebut munasabah dan tidak membebankan rakyat," kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 hingga 70 peratus, serta kadar inflasi kos perubatan negara yang mencapai 12.6 peratus pada 2023, iaitu lebih dua kali ganda berbanding purata global sebanyak 5.6 peratus. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#premium insurans
#Bank Negara Malaysia
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan