awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan tambang pengangkutan awam masih ditangguh

Hakim Rahman
Hakim Rahman
24/06/2015
13:24 MYT
Kenaikan tambang pengangkutan awam masih ditangguh
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata caj tambahan itu dibenarkan setelah mengambil kira kos operasi semasa musim perayaan.
Kerajaan masih lagi menangguhkan pelaksanaan kenaikan tambang bas ekspress yang sepatutnya dilaksanakan Mei lalu.
Namun bagi musim perayaan, pengusaha bas ekspress dibenarkan untuk mengenakan caj tambahan kepada pengguna pada kadar 10 peratus.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata caj tambahan itu dibenarkan setelah mengambil kira kos operasi semasa musim perayaan.
"Kita tidak pernah naikkan tambang semasa musim perayaan,”
“Apa yang kita buat kita kenakan caj tambahan tetapi bukan kenaikan tambang,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata pihaknya mempunyai beberapa kaedah untuk menilai kadar caj tambahan yang boleh dikenakan bagi menampung kos operasi tambahan pada musim perayaan.
Sebelum ini pengusaha bas ekspres telah memohon kepada SPAD untuk mengenakan caj tambahan bagi menampung kos operasi pada musim perayaan.
“Kalau tidak ada caj tambahan pengusaha tidak dapat meningkatkan lagi bas-bas pada hari perayaan kerana hari perayaan perjalanan sehala saja penuh, balik tu kosong jadi kos kita tinggi,” kata Pengerusi Konsortium Transnasional Berhad, Tan Sri Dr Mohd Nadzmi Mohd Salleh.
Kadar tambang pengangkutan awam di negara ini tidak pernah dinaikkan sejak tahun 2009.
Pada Mei lalu kabinet mengarahkan SPAD untuk menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam kerana tidak sesuai dilaksanakan berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Kenaikan tambang itu melibatkan perkhidmatan teksi, kereta sewa dan bas ekspres antara 20 hingga 67 peratus.
Menurut Syed Hamid, sehingga kini masih belum ada kata putus bila pelaksanaan kadar baru tambang itu itu akan dikuatkuasakan kerana ia bergantung kepada keputusan kabinet.
Topic Berkaitan
#caj tambahan
#SPAD
#Syed Hamid Albar
#tambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan