awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan tambang wajar agar pengusaha bas tidak 'gulung tikar'

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2015
23:45 MYT
Kenaikan tambang wajar agar pengusaha bas tidak 'gulung tikar'
Pengusaha bas ekspres disaran untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan selari dengan kenaikan harga tiket. - Gambar Hiasan
Kenaikan harga tambang bas ekspres adalah perlu bagi menampung kenaikan harga minyak dan gaji pekerja selain kenaikan harga alat ganti bas, kata presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajuddin Mohd Yunus.
Bagi beliau, kenaikan harga ini sebenarnya tidak menimbulkan apa-apa kejutan kerana telah dibentang dan dibincangkan sepanjang beberapa tahun yang lalu.
Walaupun proses kelulusan permintaan kenaikan harga ini mengambil masa yang agak lama, ia dialu-alukan oleh pengusaha bas ekspres terutama sekali ketika harga alat ganti dan minyak naik sejak kebelakangan ini, katanya.
Mengulas tentang kadar kenaikan harga tambang bas ekspres sebanyak 36 peratus, katanya ia adalah wajar dan diterima baik oleh pengusaha-pengusaha bas ekspres, kerana ia akan disumbangkan kepada aspek penyelenggaraan bas-bas tersebut.
Beliau turut berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana membenarkan kenaikan tambang tersebut, setelah hampir lima tahun permintaan dibuat.
Bagi pihak persatuan, lebih perhatian perlu diberikan, terutama sekali dari aspek keselamatan dan keselesaan penumpang.
Ketika ditanya mengenai reaksi segelintir pihak yang membantah kenaikan harga tiket dan tambang, Tajuddin berharap agar para pengguna memahami situasi pengusaha untuk terus mempertingkatkan kualiti bas ekspres, serta untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka agar tidak ‘gulung tikar’.
Tajuddin turut mengesahkan bahawa penjual-penjual tiket bas yang terlibat secara langsung dengan kenaikan harga bas ekspres ini, tidak boleh menaikkan harga sesuka hati kerana mereka terikat dengan undang-undang dan sistem “e-ticketing”.
Selain itu, SPAD sentiasa memantau harga tiket, dan sekiranya terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan, tindakan akan diambil dan lesen akan digantung.
Topic Berkaitan
#naik harga
#SPAD
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan