KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi.
Kenaikan tarif tidak dapat dielakkan disebabkan oleh permintaan tenaga melonjak, gangguan bekalan bahan api serta kekurangan minyak, gas dan arang batu yang semakin meningkat di peringkat global telah menyebabkan harga tenaga global melambung tinggi.
Di peringkat serantau, Singapura, Indonesia, India dan Australia telah menyemak semula tarif sebagai tindak balas kepada ketidaktentuan dalam pasaran tenaga, perang di Ukraine, arang batu, sekatan perjalanan akibat COVID-19 dan musim sejuk semuanya adalah faktor kepada permintaan yang lebih tinggi untuk tenaga dan Malaysia turut terkesan daripada situasi yang berpanjangan itu.
Tindakan yang berkesan atau beransur-ansur harus dilaksanakan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah serta perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang sudah merasai tekanan akibat kenaikan kos tidak akan mengalami kejutan sekali lagi sekiranya tarif elektrik tempatan disemak semula.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kadar tarif akan lebih tinggi untuk isi rumah memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini menghadapi kos pengeluaran tenaga yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga gas dan arang batu.
Pada akhir tahun lepas, harga arang batu melonjak kepada AS$200 (RM846) setan, meningkat daripada sekitar AS$50 setan pada pertengahan tahun 2020; menjelang akhir Mei 2022, harga arang batu telah meningkat kepada AS$434 satu tan dengan arang batu menyumbang 59 peratus daripada sumber utama penjanaan elektrik Malaysia.
"(TNB) perlu memastikan perniagaan itu mampan (sebagai entiti korporat) tetapi saya berharap akan ada beberapa bentuk subsidi disasarkan untuk kumpulan 40 terbawah (B40) berhubung tarif elektrik," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan campur tangan dan memberikan subsidi untuk TNB dalam jangka pendek bagi memastikan pelanggan akhir tidak terbeban.
TNB perlu mempelbagaikan sumber gas dan arang batu dan bagi tempoh jangka panjang, memberi tumpuan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro dan biofuel.
TNB Fuel Services Sdn Bhd memperoleh arang batu dari Indonesia, Australia, Afrika Selatan dan Rusia tetapi Indonesia menyumbang kira-kira 65 peratus daripada keperluan arang batu TNB.
Menurut Profesor Ekonomi Malaysia University of Science and Technology (MUST) Geoffrey Williams, cadangan kenaikan tarif tidak dapat dielakkan kerana faktor pasaran antarabangsa di luar kawalan Malaysia.
"Kenaikan tarif akan membawa kepada inflasi yang lebih tinggi kerana ia memberi kesan kepada semua harga barangan keperluan dan makanan. Kali terakhir ia berlaku adalah pada awal tahun ini, ia menambah lebih daripada 0.5 peratus kepada inflasi. Ini akan menjejaskan individu berpendapatan rendah dan keluarga besar secara tidak seimbang," katanya.
Beliau menolak idea menerapkan amalan penggunnaan elektrik yang baik kerana catuan dan tingkah laku pengguna sukar diuruskan apabila melibatkan sebuah keluarga besar.
Profesor Ekonomi di Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng mencadangkan kerajaan mengambil langkah dengan memberi subsidi untuk meringankan beban pengguna.
"Tambahan pula, struktur tarif boleh diselaraskan supaya beban harga bahan api yang lebih tinggi ditanggung oleh syarikat dan isi rumah yang mampu membayar tarif yang lebih tinggi.
"Adalah kritikal bahawa golongan berpendapatan rendah serta perniagaan mikro, kecil dan sederhana, yang sudah berada di bawah tekanan daripada kenaikan kos tida dikejutkan dengan perubahan harga sekali lagi. Kenaikan tarif harus dilakukan secara berperingkat," kata Yeah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Kadar tarif akan lebih tinggi untuk isi rumah memandangkan TNB kini menghadapi kos pengeluaran tenaga yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga gas dan arang batu. - Gambar hiasan

Kapal karam: 27 kru hilang, kapal terputus dua dibadai ribut
Peluang untuk menemui 27 kru kapal itu dalam keadaan selamat adalah sangat tipis namun operasi pencarian mangsa masih diteruskan.

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi.

Jangan ambil kesempatan naik harga barang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pihak syarikat dan industri untuk tidak menaikkan harga barang atas alasan kenaikan bil elektrik.

Kerajaan Indonesia rasionalisasikan subsidi elektrik
Menerusi rasionalisasi subsidi elektrik mulai 1 Januari lepas, tarif elektrik meningkat secara bertahap bagi kegunaan domestik golongan berkemampuan yang menggunakan daya 900 Volt.