awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan tarif harap dapat kurangkan penggunaan air - Lim Guan Eng

Bernama
Bernama
26/04/2015
09:48 MYT
Kenaikan tarif harap dapat kurangkan penggunaan air - Lim Guan Eng
LIM GUAN ENG: Kenaikan tarif harap dapat kurangkan penggunaan air - Gambar fail
Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air sebanyak 16.7 peratus mulai 1 April lepas diharap dapat mengurangkan penggunaan air, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata pihaknya memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengelak berlakunya catuan air di negeri ini.
"Kita naik (tarif air) sebab kita harap pengguna dapat mengurangkan penggunaan air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2015 di Empangan Air Itam, di sini hari ini.
Pada 19 Mac lepas, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan tarif baharu air dengan kenaikan sebanyak 16.7 peratus berkuatkuasa 1 April.
Pengurus Besarnya, Jaseni Maidinsi berkata objektif utama semakan tarif air ialah bagi memudahkan pengurusan air yang lebih baik dengan mengurangkan penggunaan air bagi mengelakkan catuan.
PBAPP sebelum ini mengumumkan kenaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 Sept 2013.
Topic Berkaitan
#air
#Lim Guan Eng
#PBAPP
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan