KUALA LUMPUR: Iltizam yang dimiliki dan dilaungkan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah dilihat satu perkara positif.

Namun, Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, apa yang lebih penting ketika ini ialah mengenal pasti menkanisme pelaksanaan dan siapakah pemain-pemain utamanya dalam misi itu.

"Dalam tempoh 100 hari, penggemblengan alignment dan misi kebersamaan sedang dibentuk di semua peringkat.

"Tetapi lebih penting ialah mekanisme, siapa pelaksana yang akan buat secara total, siapa pemain dan bagaimana ia dilaksanakan.

"Rasuah berevolusi seiring globalisasi, bermakna rasuah juga berkembang seperti struktur politik, sosial dan ekonomi.

"Jadi kena ada kebolehan untuk kenal pasti enabler, di mana peluang rasuah terbuka, tidak semestinya hentikan ketika sedang berlaku tapi lebih penting memutuskan rantaian dari awal,"  katanya mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bahawa rasuah ialah barah yang menjadi punca kepada berlakunya pelbagai masalah dalam negara dan masyarakat.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Rasuah, barah kepada pelbagai permasalahan



Jelasnya, pemerkasaan nilai perlu bermula dari bawah, di mana rakyat memegang tanggungjawab penting memandangkan apa yang ingin diperbaiki ialah budaya, bukan semata-mata agenda reformasi.

Rasuah | Rakyat sudah jijik, pemimpin jangan ulang kesilapan



Beliau juga menegaskan, selain sistem dan undang-undang, kesedaran semua pihak juga perlu kerana tanpa kesedaran, persoalan utama mengapa rasuah perlu diperangi tidak akan boleh dijawab, sekali gus menggagalkan usaha ke arah membanterasnya.

"Tanpa kesedaran, kita tidak tahu the big why, kenapa nak kena perangi rasuah. 

"Integriti dan profesionalisme perlu berjalan seiringan, seorang yang profesional kena ada integriti, yang berintegriti kena profesional dalam melaksanakan integriti dengan kecekapan yang tinggi dan akauntabiliti yang tinggi, barulah sistem dan undang-undang boleh ditaati," katanya lagi.