awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kenapa Mami masuk syurga awal?"

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/05/2019
05:34 MYT
"Kenapa Mami masuk syurga awal?"
Dalam kejadian pada 18 Mei lalu, Allahyarham Faziani meninggal dunia sementara suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera selepas kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani.
BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Demikian gambaran mengenai perasaan yang ditanggung oleh anak-anak Allahyarham Faziani Rohban Ahmad selepas terpaksa berdepan kehilangan ibu tersayang.
Terbaru, anak sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim Jasman memuat naik kemas kini yang meruntun jiwa ramai netizen.
Pemuda berusia 20 tahun itu berkongsi di laman Instagramnya mengenai adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang sangat merindui Allahyarham ibunya.
Menurut Iqbal, adiknya itu sering bertanya tentang Allahyarham Faziani.
"Akhir-akhir ini banyak soalan dia tanya antaranya, kenapa mami masuk syurga awal? Kenapa dia tak masuk sekali dengan kita? Jadi saya terangkan kepada dia A to Z.
BACA: Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia dalam kemalangan di Thailand
"Yang kedua pula dia tanya, siapa yang nak ganti Mami. Sebenarnya saya ‘petak’ ataupun ‘stuck’ kejap nak jawab.
"Tapi saya cakap abang ada, kakak ada semua ada. Lepas saya jawab dia pun cakap, dia anak bongsu dan biarlah dia ganti Mami, sebab dia pun garang (sambil dia cubit saya)," demikian tulis Iqbal di entri tersebut, beberapa hari lalu.
View this post on Instagram
Ini adik bongsu saya @qaseh_kha . Akhir-akhir ini byk soalan dia tanya antara nya : " abg kenapa mami masuk syurga awal , kenapa dia tak masuk sekali gn kita " jadi saya explain la kpd dia A-Z. . Yang kedua pula dia tnya " Abg siapa yang nak ganti mami , actually saya petak ataupun stuck kejap nk jwb , tapi saya ckp abg ada kakak ada semua ada . Lps saya jwb dia pun ckp " I am bongsu abg , adik lah ganti mami , sebab adik pun garang (sambil dia cubit saya
Setakat hari ini, status tersebut mendapat 'Likes' lebih daripada 38,000 pengikut laman sosial Iqbal.
Rata-rata netizen mendoakan semoga mereka tabah, selain memberikan kata-kata semangat kepada adik-beradik itu.
"Ya Allah, tersentuh hati, nak menangis. Semoga adik Qaseh kuat," tulis seorang pengguna media sosial Elyana Mohamad.
Sementara itu, itsme._eliesyxhxhxryx berkata, "Alhamdulillah, nasib baik adik awak kuat semangat. Kalau tidak susah nak pujuk."
Dalam kejadian pada 18 Mei lalu, Allahyarham Faziani meninggal dunia sementara suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera selepas kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#Dnars Skincare
#Faziani
#Instagram
#kemalangan maut
#Pengasa Kosmetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan