awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan berat tidak boleh guna jalan raya empat hari

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2018
01:02 MYT
Kenderaan berat tidak boleh guna jalan raya empat hari
statistik perbandingan Op Selamat 11/2017 dan Op Selamat 9/2016 menunjukkan terdapat peningkatan jumlah kemalangan iaitu 698 kes berbanding 607 kes sebelum itu.
Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya dalam tempoh empat hari bermula pada Rabu hingga Khamis ini dan Sabtu hingga Ahad depan (23-24 Jun), sempena sambutan Hari Raya nanti.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, arahan dikeluarkan sempena Op Selamat 13/2018 ( Hari Raya Aidilfitri) yang dilancarkan bermula pada 8 hingga 22 Jun ini.
Jelasnya lagi, seramai 34 pegawai dan 203 anggota lain-lain pangkat dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik akan terlibat sepanjang Op Selamat kali ini.
"Kesemua anggota dan pegawai bertanggungjawab dalam penugasan bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ke atas pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas.
"Justeru itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhemah semasa berada di atas jalan bagi mengurangkan kadar kemalangan maut pada musim perayaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abd Razak berkata, statistik perbandingan Op Selamat 11/2017 dan Op Selamat 9/2016 menunjukkan terdapat peningkatan jumlah kemalangan iaitu 698 kes berbanding 607 kes sebelum itu.
"Bagi jumlah kemalangan kes maut pula mencatatkan penurunan sebanyak satu kes iaitu 13 kes berbanding 14 kes sebelum itu.
"Manakala jumlah kematian pula tidak mencatatkan sebarang perubahan iaitu 16 kes bagi kedua-dua tempoh itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#jalan raya
#kemalangan
#kenderaan berat
#maut
#siasatan
#Superintendan Abd Razak Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan